Monday, July 8, 2013

Galaxy Note 3... Spesifikasi Hardware Segalanya Superb!

Berita tentang phablet Galaxy Note 3 dari Samsung kembali muncul. Kali ini berupa spesifikasi hardware yang akan digunakannya.   

Dari sumber yang dipetik dari web teknologi Slashgear, salah satu ciri keistimewaan gadget popular milik Samsung ini akan menggunakan RAM berkapasiti besar, iaitu sebesar 3GB.  

Layar Galaxy Note III dikatakan berukuran 5,99 inci dengan resolusi Full HD (1920 x 1080) manakala jenis panel display adalah Super AMOLED, dan kameranya pula 13 mega pixel.

Ukuran tersebut lebih besar setengah inci dari Galaxy Note II, yang memiliki paparan layar 5,5 inci.
Badan Galaxy Note III dijangka sedikit lebih langsing dengan berat lebih ringan, 180 gram serta ketebalan 8 mm. 

Semasa pelancarannya nanti, Galaxy Note III akan menggunakan sistem operasi Android terbaru, 4.3 Jelly Bean. Ia juga akan mendukung teknologi jaringan 4G LTE-Advanced dengan prosesor Qualcomm Snapdragon 800 quad-core. Adapun di pasaran lainnya akan menggunakan prosesor buatan Samsung sendiri, Exynos 5 "Octa" SoC.

Sama seperti sebelumnya, Samsung dikhabarkan akan memperkenalkan model baru Galaxy Note III pada pameran tahunan IFA di Berlin, Jerman, pada September 2013. [
Slashgear/ kompas.com]

9 comments:

Anonymous said...

wow..mmg superb..brapa hrganye tu

kacang said...

memang awesome~

Seri said...

dengar kabar laju macam komputer...ram pon besar kalahkan desktop seri..

terbelog.com said...

mak aii. dah note 3 dah

syafiqakarim said...
This comment has been removed by the author.
Mohd Ridzwan Abdullah said...

Jeles kpd sesiapa yg dah ada note series. Wan sndr blum mampu. Isk3...canggih kan...

Cheqna said...

hehe..tak tekejar dengan produk samsung ni. tapi family saya kebanyakkan memang dah join geng "samsu(e)ng"....:-D

Cheqna said...

Salam Ramadhan..semoga rahmat Allah SWT sentiasa bersama kita dalam menjalani amal ibadah.

Nao Mei said...

Bilalah agaknya cik akak nak ada sebijik hp yang cam nie..hihi...
memang menarik...siapa yang tak jatuh hati melihatnya