Friday, July 12, 2013

Belum Pernah Terjadi; Aksi Secara Langsung Impala di Kejar Cheetah Melompat ke Dalam Kereta Pelancong [Video]

Bagai nyawa dihujung tanduk. Begitulah apa yang berlaku ke atas sekawan impala yang terdesak melarikan diri daripada buruan dan habuan dua ekor cheetah yang sedang kelaparan memburu mangsanya. [Saksikan video menarikdi bawah...]
Menyedari nyawanya dalam keadaan sangat genting, seekor impala yang ketinggalan daripada rakan-rakan terus melarikan diri menuju ke jalan raya lalu melompat ke dalam kereta pelancong yang sedang melalui kawasan tersebut yang tingkapnya sedia sudah terbuka.  

Tindakan impala yang sudah di kepung dari dua penjuru terus melompat ke dalam kereta itu benar-benar memeranjatkan penumpang yang berada di dalam kereta tersebut.
Peristiwa yang jarang-jarang berlaku ini telah dialami sendiri oleh sekumpulan pelancong berkenderaan yang sedang melewati Taman Negara Kruger, Afrika Selatan. Saksikan video menarik ini... [dailymail.co.uk]

1 comment:

Herdoni Wahyono said...

Video yang amat menarik. Langka terjadi hal yang demikian. Sudah naluri seekor hewan lari menyelamatkan diri dari mangsanya. Namun siapa yang kuat dialah yang menang. Amat spesial. Salam cemerlang.