Monday, July 29, 2013

Awas! Makanan Segera Barat Memacu Penyakit Jantung Penduduk Asia

Kajian yang dilakukan oleh University of Minnesota School of Public Health dalam satu dekad terakhir menunjukkan pola makanan segera barat sebenarnya memacu peningkatan risiko penyakit jantung kepada masyarakat Asia seperti disalin dalam jurnal Circulation.

Hasil kajian menunjukkan responden yang makan makanan segera barat dua kali atau lebih dalam seminggu berisiko 27 peratus lebih tinggi terkena diabetes dan 56 persen menghidap penyakit jantung mematikan. Sekitar 811 responden yang memakan makanan segera barat
lebih empat kali dalam seminggu mengalami risiko 80 peratus menghidap penyakit jantung.

Yang menarik, tim Odegaard menemukan bahawa makanan Asia seperti dim sum, bakmi, mahupun dumpling tidak menyebabkan diabetes ataupun penyakit jantung.

3 comments:

||aLeaSaRa|| said...

owh itulah..silent killer.kawan saya pun semalam kena heart attack masa solat sunat..kelam-kabut husband hantar ke hospital..makanan orang melayu pun banyak berlemak dan bergoreng,kan.

kena makan sup2..rebus2 jelah dengan ulam dan sambal belacan he3..

POLARIS said...

Tau keburukannya...tp mkn jgk...guana tu...:D

mama_ka0ri said...

itu la..fast food byk sgt skrang ni..orang kita plak tu yg suka makan..tu yang ramai jer sakit kencing manis dan jantung..haishh!!