Sunday, June 30, 2013

Waktu Terbaik... Agar Cepat Hamil

Setiap pasangan pasti ingin segera memiliki anak sendiri. Namun, ada beberapa pasangan yang belum dikuniakan anak meskipun sudah menikah bertahun-tahun.
Mungkin saat ini belum ada rezeki. Memilih waktu yang tepat untuk berhubungan intim boleh menjadi solusi walaupun masalah sebenarnya harus diketahui dengan jelas. 

Seperti disalin dari babymed, waktu terbaik untuk seorang isteri agar cepat hamil adalah dengan melakukan hubungan intim sekali selama sehari, atau 4-5 hari sebelum masa subur itu datang. 

Saturday, June 29, 2013

Mari Tengok Lobster Gergasi, Berusia 60 Tahun

Seekor lobster gergasi berjaya ditangkap oleh sekumpulan nelayan di Lyme Regis, Dorset dan udang ini dipercayai berusia 60 tahun. Pemilik lobster gergasi berukuran 3 kaki, Max Gollop berkata udang bersaiz luar biasa amat jarang berjaya ditangkap. Udang ini amat bernasib baik kerana dapat meneruskan hayatnya disebabkan saiznya yang terlalu besar untuk dimasak serta isinya yang sudah liat. 

Lobster gergasi ini akan ditempatkan di sebuah akuarium untuk tontonan umum sehingga bulan September sebelum dilepaskan semula ke laut.  Panjang umur lobster ni.... :)

Friday, June 28, 2013

Petua Cantik

Meski zaman sudah berubah, namun ada kalanya petua orang lama masih boleh diguna pakai.  Antaranya adalah petua berkaitan kecantikan seperti bagaimana untuk menghilangkan perut buncit, petua menghilangkan parut pada wajah atau petua untuk mengatasi masalah kulit kering.

Berikut beberapa petua orang lama yang masih amat berkesan untuk diamalkan.

Petua Hilangkan Parut
Parut amat ditakuti terutamanya pada bahagian muka kerana susah hilang.  Ambil segenggam daun pegaga bersama akarnya sekali.  Kisar lumat dan campurkan dengan sedikit tepung beras.  

Thursday, June 27, 2013

Beberapa Jenis Buah Penyebab Jerawat

Tidak dinafikan bahawa buah-buahan dan sayuran dapat membuat orang yang memakannya terhindar daripada beberapa jenis penyakit, termasuk penyakit kulit. Namun, penelitian lain menunjukkan ada beberapa jenis buah yang menyebabkan perkembangan jerawat.

Seperti disalin dari web Cha-cas, ada beberapa jenis buah yang sebaiknya cuba dielakkan dari mengambilnya bagi mereka yang mengalami masalah jerawat, agar terhindar dari jerawat, antaranya, buah semangka, nanas, peach, plume, jeruk, mangga, dan pisang.

Makanan manis atau bergula menyebabkan seseorang berjerawat. Hindarilah makan buah manis, yang sarat dengan kandungan gula tinggi.

Untuk mengetahui keberkesanannya, cubalah kurangkan pengambilan beberapa jenis buah tersebut selama seminggu. Lihatlah apakah ada masalah kulit kerana anda tidak memakan buah tersebut? [liputan6.com]

Tuesday, June 25, 2013

Tanda-Tanda Anak Anda Menghidap Kanser

Kanser pada dasarnya merupakan penyakit yang boleh diubati dan sembuh jika dapat dikesan sejak peringkat awal dan kemungkinan sembuhnya mencapai 80%. Maka, penting bagi orang tua khususnya untuk mengenal pasti tanda-tanda kanser sejak awal lagi.

Kanser, secara umum terbahagi kepada dua kelompok. Kelompok pertama merupakan kanser jenis cair iaitu darah dengan istilah leukemia, dan yang kedua adalah kelompok tumor padat.

Tumor padat dapat ditemui hampir pada semua organ tubuh seorang anak, dari kepala sampai hujung kaki. Ibu bapa biasanya dapat mengesan tumor atau benjolan pada tubuh seorang anak semasa memandikannya. Ketika menemui benjolan, maka orang tua perlu memeriksanya di klinik untuk mengonfirmasi benjolan tersebut sama ada kanser atau bukan.


Berikut adalah perkara-perkara yang harus diamati orang tua apabila melihat atau meraba benjolan seperti yang disalin dari buku "Waspada dan Kenali Kanser Pada Anak Sejak Peringkat Awal"  yang disusun oleh Dr. Edi

Friday, June 21, 2013

Inilah Tandas Paling Unik dan Kreatif di Dunia

Tandas awam Monica Bonvinci dengan kaca one vision yang membuat pengguna tandas ini dapat melihat sekelilingnya. Jangan bimbang anda tidak dapat dilihat dari luar. Dailymail.co.uk
Tandas bersalut emas 24 karat di Hong Kong, tandas ini dijual dengan harga RM 15 juta. Pelawat perlu memakai penutup kasut untuk mengelakkan lantai emas tercalar. Thespoiledchild.com. Seterusnya...

Thursday, June 20, 2013

Al Kisah..Kena Campak Dari Keretapi

Empat pengembara lelaki dari Malaysia, Bangla, Cuba dan Amerika, duduk menghadap antara satu sama lain dalam sebuah kereta api. 
Tidak lama kemudian, Mat Amerika mengeluarkan sebatang rokok lalu menyalakannya rokoknya dengan membakar not USD100. Melihat tiga pengembara yang duduk bersebelahan seperti terkejut, dengan selamba dia berkata, " Its ok. Too many dollars in my country."

Tiba-tiba Mat Cuba pula mengeluarkan sekotak cerut yang berjenama dan mahal, lalu dicucuh sebatang dan membuang yang lainnya ke tingkap. Ketiga-tiga pengembara yang duduk berhampirannya juga terkejut dengan perbuatan Mat Cuba. Kemudian Mat Cuba berkata, " Never mind, too many cigar in my country."

Belum sempat Mat Bangla hendak bertanya kepada Mat Cuba, tiba-tiba Mat Malaysia mengangkat dan mencampak Mat Bangla keluar melalui tingkap.  Apa lagi Mat Cuba dan Mat Amerika pun amatlah terkejut dengan tindakan Mat Malaysia tadi lalu mereka pun bertanya, "Why you done that?" Maka dengan selamba Mat Malaysia pun berkata, " Dont worry, too many Bangla in my country."  :) [pelbagai sumber]

Tuesday, June 18, 2013

Bagaimana Paus Dapat Bertahan Lama di Dalam Air Kini Terbongkar

Faktanya, perenang terkuat di bumi tidak dapat menahan nafas di bawah air atau di dalam air selama lebih dari beberapa minit, sedangkan mamalia laut seperti lumba-lumba dan paus yang juga bernafas melalui paru-paru dapat tetap selesa menyelam di  laut dalam hingga satu jam lebih.

Setelah sekian lama perkara ini membuat para ahli biologi laut [Marine biologists ] bingung dan tertanya-tanya bagaimana mamalia laut ini boleh melakukannya. Menurut studi yang melibatkan enam pengkaji dari Universiti Liverpool, Winnipeg, dan Alaska, darah dari spesies mamalia ini adalah kuncinya.  Bagaimana ia berfungsi?

Monday, June 17, 2013

Basikal Berkuasa Jet Paling Berbahaya di Dunia?

Seorang tukang paip  telah mencipta apa yang dia sendiri mengakui mungkin basikal yang paling berbahaya di dunia, dikuasai oleh enjin jet buatan sendiri yang boleh mencapai kelajuan sehingga 50 batu sejam.

Colin Furze, 32 tahun telah memegang tiga Guinness Rekod Dunia untuk ciptaannya, termasuk mobiliti skuter terpantas di dunia. Lihat video

Sunday, June 16, 2013

Rambut Beruban?... Ini Sebabnya

Orang sering mengatakan uban tumbuh pada rambut kerana banyak berfkir, dan para ilmuwan telah membuktikan apa yang selama ini diduga. Streslah yang membuat rambut berubah menjadi warna kelabu atau menjadi uban.

Hormon stres dikesan mempengaruhi warna kulit dan tampaknya proses itu juga terjadi pada warna rambut. Ketika kerosakan terjadi, sel induk yang bertanggung jawab mengeluarkan melanin, pigmen gelap yang melindungi tubuh dari sinar matahari, berpindah dari pangkal rambut ke kulit untuk membantu membatasi kerosakan.

Dalam penelitian uban terjadi dari penurunan sel batang.

Saturday, June 15, 2013

Cegah Awal Strok: Hindari Makanan Yang di Goreng

Makanan yang dihasilkan dari proses penggorengan jika dimakan dalam jumlah banyak dapat menimbulkan risiko strok.

Makanan yang digoreng meningkatkan kolesterol jahat dan menekan kolesterol baik lemak trans. Lemak ini merupakan hasil dari proses penggorengan. 

Risiko strok ini dapat dicegah dengan mengawal pola makan terutamanya untuk usia di atas 30 tahun agar mengurangkan makanan gorengan kerana pembuluh darah semakin berpotensi menyempit apabila usia beranjak tua. Pembuluh semakin sempit dengan kerak yang dihasilkan dari lemak trans. Penyempitan pembuluh darah di bahagian otak akan memberi kesan yang ketara kepada strok.

Pencegahan awal serangan strok harus diperhatikan sebelum terkena penyakit mematikan itu. Dalam pola makan, perlu menambah sayuran, buah-buahan atau agar-agar yang mengandungi banyak serat.[suaramerdeka.com]

Friday, June 14, 2013

Jam Tangan Ternipis di Dunia

Jam tangan paling nipis di dunia dibuat daripada keluli fleksibel dengan bateri yang tahan lama sehingga 15 tahun. 
Jam tangan yang hanya 0.8mm tebal ini telah direka dengan menggunakan bahan keluli tahan karat.

Jam tangan CST-01 adalah lebih nipis daripada kad kredit dan paparan waktu pada jam tersebut adalah daripada sejenis dakwat elektronik. Dakwat Elektronik ini direka bentuk menggunakan teknologi yang sama seperti skrin pada Kindle e-reader.

Wednesday, June 12, 2013

Bibir Anda Kering dan Gelap? Inginkan Bibir Lembut dan Cerah? Ini Caranya...

Setiap wanita menginginkan bibir yang sihat dan cerah. Namun  ada sesetengah wanita mengalami bibir kering dan gelap. Jangan bimbang ada beberapa cara untuk memastikan agar bibir anda sentiasa merah dan lembut seperti bibir bayi. Berikut tip mendapatkan bibir lembut dan cerah. 

Krim susu   
Aplikasikan krim susu pada bibir dan gosokkan dengan lembut. Ini akan menghapus kulit mati dan melembutkan bibir. Basuh dengan lembut menggunakan air dingin untuk dapatkan bibir lembut yang asli.

Monday, June 10, 2013

Pentingnya Menjaga Berat Badan Semasa Mengandung

Menjaga berat badan selama kehamilan tidak hanya menjaga penampilan tubuh si ibu sentiasa menarik malah berat badan yang berlebihan pada masa kehamilan akan membahayakan kesihatan ibu dan anak.

“Obesiti pada anak dapat dimulai dari rumah pertamanya, iaitu rahim,” tulis Mark Banschick, M.D, seorang psikiatri dan advokat anak dalam laman web Psychology Today. Sebuah penelitian menyebutkan bahawa komposisi tubuh ibu, nutrisi, dan berat badan selama kehamilan memiliki efek jangka panjang pada kesihatan bayi.

Thursday, June 6, 2013

Peristiwa Israk dan Mikraj Serta Pengajaran Yang Perlu di Hayati

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Saudara ku yang dirahmati Allah,

Setiap tahun apabila sampai tanggal 27 Rejab umat Islam diseluruh dunia akan mengadakan majlis sambutan peristiwa Israk dan Mikraj. Israk dan Mikraj berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah Rasulullah SAW dari Mekkah ke Madinah.