Saturday, May 4, 2013

Wanita Lebih Muda Dengan Kolagen. Apakah Kolagen?

Kolagen adalah sejenis protein berserat yang membantu menyokong dan menyambungkan tisu-tisu badan seperti kulit, tulang, urat-urat, otot-otot dan rawan.  Kolagen ibarat gam yang menghubungkan badan dan merangkumi 1/3 daripada keseluruhan protein badan.

Kolagen pada kulit bertindak seperti pegas anjal dan kenyal agar kulit kelihatan lebih muda dan berseri. Bagaimanapun, selepas mencecah umur 25 tahun, penghasilan kolagen dalam badan mula berkurangan dan akan mengakibatkan :
 * Kulit semakin kurang keanjalannya menyebabkan tanda-tanda penuaan seperti kulit yang semakin berkedut dan semakin lendut.
* Tisu penyambung menjadi haus dan lebih mudah tercedera terutamanya selepas senaman.

Oleh itu membekalkan badan kita dengan sumber kolagen dan vitamin C dapat membantu menghasilkan dan mengekalkan kolagen yang sedia ada untuk memelihara kelembutan kulit. [mingguan wanita]

No comments: