Thursday, May 9, 2013

7 Jenis Makanan Penurun Darah Tinggi

Beberapa jenis makanan mampu mencegah tekanan darah tinggi dengan mengamalkan pengambilan beberapa jenis sumber makanan


Bayam 
Bayam merupakan sumber magnesium yang sangat baik. la melindungi anda daripada penyakit jantung tetapi juga dapat mengurangi tekanan darah. Selain itu kandungan folat Ii dalam bayam dapat melindungi tubuh dari homosistein yang menghasilkan bahan kimia berbahaya. Penyelidikan menunjukkan bahawa kadar tinggi asid amino dapat menyebabkan serangan jantung dan stroke.

Biji bunga Matahari

Kandungan magnesiumnya amat tinggi dan kuaci mengandungi pitosterol yang dapat mengurangi kadar kolestrol dalam tubuh. Kolestrol tinggi merupakan penyebab tekanan darah tinggi kerana dapat menyebabkan penyumbatan pembuluh darah. Pastikan anda makan kuaci segar yang tidak ditambah garam atau diproses terlebih dahulu.


Kacang-kacangan 
Kekacang seperti kacang tanah badam dan kacang merah mengandungi magnesium dan potassium. Khasiat ini diketahui cukup efektif menurunkan tekanan darah tinggi.

Pisang 
Selain membuat tekanan darah lebih sihat pisang mengandungi kalium dan serat yang tinggi yang bermanfaat mencegah penyakit jantung.  Penyelidikan juga menunjukkan bahawa sebiji pisang sehari cukup untuk membantu mencegah tekanan darah tinggi


Kacang Soya 
Memang banyak manfaatnya mengambil kacang soya untuk kesihatan tubuh.  Salah satunya adalah membantu menurunkan kolestrol jahat dan tekanan darah tinggi.

Kentang 
Nutrisi dari kentang sering hilang kerana cara memasaknya yang tidak sihat. Walhal kandungan mineral serat dan potassium di dalam kentang amat tinggi dan baik untuk menstabilkan darah.

Coklat hitam 
Kandungan flavonoid di dalam coklat dapat membantu menurunkan tekanan darah dengan merangsang penghasilan nitrat oksida. Bahan ini membuat signal otot di sekitar pembuluh darah lebih relak dan menyebabkan aliran  lancar (mingguan Wanita)

3 comments:

Sop said...

nice sharing

aima said...

tuan, mohon copy paste...tq

Anonymous said...

jangan banyak dan kerap makan kacang terutama kacang tanah sebab ini boleh menyebabkan batu karang - pengalaman