Monday, May 20, 2013

Sering Marah Meningkatkan Risiko Serangan Jantung

LEDAKAN kemarahan yang keterlaluan meningkatkan risiko seseorang terkena serangan jantung. Semakin kuat kemarahan, semakin besar risiko infark miokard akut (AMI), atau umumnya dikenal sebagai serangan jantung.

Disebutkan dalam The Americcan Journal of Cardiology, seperti dikutip dari laman mydailyhealth, ada hubungan antara intesnsiti kemarahan dengan serangan jantung.

"Ledakan kemarahan berhubungan dengan peningkatan mendadak kondisi kardiovaskular, namun belum diketahui apakah tingkat kemarahan yang lebih besar berhubungan dengan meningkatnya risiko AMI; atau apakah faktor termodifikasi berpotensi mengurangi risiko jangka pendek AMI," kata kumpulan penyekidik, menulis dalam The Journal of Cardiology Americcan.

Tuesday, May 14, 2013

Ibu Menyusukan Anak Membantu Turunkan Risiko Diabetes Ibu Dan Anak

Ibu memberi susu badan terhadap bayinya ternyata bukan sekadar membekalkan makanan sihat untuk bayi, tetapi juga membantu mengurangi risiko diabetes yang dideritai oleh si ibu.

Menurut Staf Divisi Metabolik Endrokrinologi Departemen Ilmu Penyakit Dalam Fakulti Kedoktoran Universiti Indonesia dr. Dyah Purnamasari, SpPD, susu ibu  dapat mencegah risiko diabetes yang diturunkan orang tua kepada anaknya.

"Dengan menyusui bayi, sebenarnya ibu tidak perlu berusaha ekstra untuk diet kerana berat tubuhnya akan turun dengan cepat dan hebatnya air susu ibu juga akan menurunkan risiko diabetes bagi bayi. Susu ibu ekslusif sangat membantu bayi dan ibu.
 
Justeru pemberian pemberian susu ibu ekslusif  mengatur nutrisi bayi, membiasakan bayi aktif dan diberi makan sihat adalah hal penting untuk mencegah bayi obesiti dan terhindar dari diabetes. [liputan6.com]

Thursday, May 9, 2013

7 Jenis Makanan Penurun Darah Tinggi

Beberapa jenis makanan mampu mencegah tekanan darah tinggi dengan mengamalkan pengambilan beberapa jenis sumber makanan


Bayam 
Bayam merupakan sumber magnesium yang sangat baik. la melindungi anda daripada penyakit jantung tetapi juga dapat mengurangi tekanan darah. Selain itu kandungan folat Ii dalam bayam dapat melindungi tubuh dari homosistein yang menghasilkan bahan kimia berbahaya. Penyelidikan menunjukkan bahawa kadar tinggi asid amino dapat menyebabkan serangan jantung dan stroke.

Biji bunga Matahari

Kandungan magnesiumnya amat tinggi dan kuaci mengandungi pitosterol yang dapat mengurangi kadar kolestrol dalam tubuh. Kolestrol tinggi merupakan penyebab tekanan darah tinggi kerana dapat menyebabkan penyumbatan pembuluh darah. Pastikan anda makan kuaci segar yang tidak ditambah garam atau diproses terlebih dahulu.

Selepas Pilihanraya : Kecoh Isu Perkauman... Menarik Fakta Ni

Kecoh sekarang ini ahli parlimen Malaysia ramai yang bukan Melayu. Aduhai.. adakah kita mengalami kerosakan minda yang parah.. DAP bertanding di kawasan Cina menghampiri majoriti dan lawannya adalah MCA, MIC dan Gerakan.

Jika DAP kalah sekalipun Melayu tak akan bertambah dalam Parlimen sebab DAP lawan MCA, MIC dan Gerakan. Malah Kemenangan Pakatan Rakyat ini menyebabkan Melayu bertambah dalam Parlimen dan DUN:-

Kerusi Parlimen :-


1. Rafizi (PKR) menang lawan Gary Lim (BN) - Pandan.
2. Dr Siti Mariah (PAS) Menang lawan S. Murugesan (BN) - Kota Raja.
3. Tan Sri Khalid (PKR) Menang lawan Tan Kok Eng (BN) - Bandar Tun Razak.
4. Imran Hamid (PKR) menang lawan Kong Cho Ha (BN) - Lumut.
5. Datuk Arif (DAP) menang lawan Hoh Khai Mun (BN) - Raub.
6. Kamarul Bahrin (PKR) menang lawan V.S Mogan (BN) Telok Kemang.
7. Khairil K. Johari menang lawan Teh Leong Meng (BN) Bukit Bendera.

Kesimpulannya :
 
Menang Pakatan Rakyat bermakna tujuh Ahli Parlimen Melayu bertambah dalam Parlimen. Jika Pakatan Rakyat Kalah, kita akan kehilangan tujuh ahli parlimen Melayu

Kerusi DUN:-

Saturday, May 4, 2013

Wanita Lebih Muda Dengan Kolagen. Apakah Kolagen?

Kolagen adalah sejenis protein berserat yang membantu menyokong dan menyambungkan tisu-tisu badan seperti kulit, tulang, urat-urat, otot-otot dan rawan.  Kolagen ibarat gam yang menghubungkan badan dan merangkumi 1/3 daripada keseluruhan protein badan.

Kolagen pada kulit bertindak seperti pegas anjal dan kenyal agar kulit kelihatan lebih muda dan berseri. Bagaimanapun, selepas mencecah umur 25 tahun, penghasilan kolagen dalam badan mula berkurangan dan akan mengakibatkan :
 * Kulit semakin kurang keanjalannya menyebabkan tanda-tanda penuaan seperti kulit yang semakin berkedut dan semakin lendut.
* Tisu penyambung menjadi haus dan lebih mudah tercedera terutamanya selepas senaman.

Oleh itu membekalkan badan kita dengan sumber kolagen dan vitamin C dapat membantu menghasilkan dan mengekalkan kolagen yang sedia ada untuk memelihara kelembutan kulit. [mingguan wanita]