Wednesday, February 6, 2013

8 Panduan Bebas Kolestrol Tinggi

HIPERKOLESTEROLEMIA atau kolesterol tinggi banyak menyerang kaum lelaki maupun wanita masa kini.
Sejumlah gejala sampingan disebabkan kolestrol tingg antara lain, sering sakit kepala, mudah lelah dan cepat mengantuk, rasa berat di tengkuk, hingga kesemutan. 

Jika ini berlaku, berhati-hatilah. Anda mungkin perlu segera mengubah diet dan gaya hidup. Selain mengambil ubat yang disarankan, jagalah diet dan pola hidup untuk kesihatan jantung. 

Berikut lapan panduan yang baik diterapkan dalam diet dan gaya hidup anda:

1. Ingatlah untuk selalu menghindari kadar LDL tinggi atau kolesterol "buruk" dengan membatasi makanan berlemak jenuh [tepu]. Sementara itu anda harus tetap menjaga kadar HDL atau kolesterol "baik". 

2. Cubalah untuk membatasi jumlah makanan setiap kali anda makan. Gunakan anggaran sebesar sekepal tangan untuk pengambilan jumlah makanan daging atau ikan. Lakukan hal yang sama dengan semua jenis makanan di meja makan anda.

3. Anda harus mengambil lebih banyak makanan jenis buah-buahan dan sayuran kerana makanan ini membantu mengurangkan kolesterol jahat.  
4. Usahakan menu untuk  "kesihatan jantung" seperti ikan terhidang setiap hari. Ikan yang kaya asid lemak omega-3 trigliserida membantu menurunkan kolesterol dan mengurangkan pertumbuhan plak di arteri.

5. Oatmeal atau sereal gandum juga sebaiknya ada dalam menu anda sehari-hari. Karbohidrat dan serat yang terkandung membuatkan anda kenyang lebih lama dan mengurangi godaan untuk makan diantara waktu makan.
6. Cubalah kacang sebagai sampingan, kerana mengandung lemak tak tepu.

7. Kemudian usahakan melakukan senaman secara rutin. Selain menjaga berat badan tubuh, latihan setengah jam lima hari seminggu membantu menurunkan kadar LDL, mencegah penyumbatan arteri dan serangan jantung atau stroke.

8. Cukupkan aktiviti anda seperti berkebun, berjalan santai, atau menaiki tangga, contohnya, mampu menyihatkan sistem kardiovaskular.

3 comments:

Aida Omar said...

cegah sebelum kena.. Berkorban untuk kesihatan :) tips yang sangat membantu org muo.

3no gr33ny said...

baba makanan memang kena jaga..demi masa depan

namialus67 said...

Info dan posting yang bermanfaat.