Subscribe Us

Enam Khasiat Unik Buah Durian


Durian,
si raja buah beraroma tajam yang manis isinya. Buah tropika ini kaya dengan fitonutrien, antioksidan, protein, vitamin dan mineral yang baik untuk tubuh.


Durian menawarkan sejumlah manfaat kesihatan bagi mereka yang memakannya. Berikut beberapa khasiat yang terdapat dalam durian.


1. Meningkatkan kesihatan kulit
Di sebalik rasanya yang lazat, durian kaya dengan Vitamin C. Setiap pangsa durian mengandung 80% nilai harian (DV) vitamin C yang diperlukan tubuh.


Vitamin ini penting dalam pembentukan kolagen iaitu protein dalam kulit, tulang, tendon, ligamen, dan pembuluh darah. Vitamin C juga membantu mengembangkan resistensi terhadap virus dan radikal bebas. 


2. Melancarkan sistem pencernaan
Durian kaya zat thiamin/ vitamin B (61%) yang merangsang nafsu makan, serta menghasilkan asam klorida dalam lambung sehingga menyihatkan sistem pencernaan. 



3. Mengatur kadar gula darah
Kandungan Mangan (39%) dalam durian membantu pengaturan kadar gula dalam darah dan mencegah anemia. Buah ini juga menjadi sumber folat yang baik, yang diperlukan tubuh untuk memproduksi sel-sel darah merah (RBC).


4. Membantu melawan depresi
Vitamin B6 adalah nutrisi penting dalam produksi serotonin, zat kimia neorotransmitter yang mempengaruhi keadaan hati. Kekurangan vitamin ini dalam tubuh boleh menyebabkan depresi.
Durian memiliki kandungan Vitamin B6 hingga 38%. Selain itu, tingginya kadar asam amino triptofan dalam durian juga dapat mengurangkan kecemasan dan insomnia [sukar tidur].


5. Menghindari sembelit
Durian kaya serat (37%) dan karbohidrat kompleks yang menyerap air dan mengembang dalam saluran pencernaan; menjadikannya efektif mempercepat proses sekresi [rembesan]


6. Meringankan sakit kepala
Mengunyah durian juga membantu meringankan sakit kepala. Riboflavin atau vitamin B (29%) dalam durian membantu mengobati migrain.


Selain itu durian juga memiliki sejumlah manfaat lain. Antaranya, kandungan Kaliumnya (30%) yang baik untuk tulang, Tembaga (25%) yang bermanfaat dalam penyerapan hormon, Folat (22%) yang baik dalam menjaga kehamilan dan Magnesium (18%) yang bermanfaat untuk mengendurkan saraf dan otot. 


Makan durian cenderung dikaitkan dengan rasa panas.  Ini kerana metabolisme tubuh meningkat selama proses pencernaan buah yang kaya kalori ini. Makanlah durian dalam jumlah yang tidak berlebihan. [Pelbagai sumber]

Catat Ulasan

7 Ulasan

Cikgu Jaja™ berkata…
jaja dan suami mmg hantu durian! :)
omar kedah berkata…
berhantu durian ni... makan banyak mana pun x pernah puas saya :)
Unknown berkata…
pekena durian dengan pulut + santan.. pergh!!!
namialus67 berkata…
Teringin pulak nak makan durian muo...good article.
Unknown berkata…
perrgghh..meleleh air liur..org sabah ckp bikin kobihis :)
ummu berkata…
siapa kata durian tiada khasiat kan?
teringat keenakan durian Muor semasa arwah atuk msh hidup
Warisan Petani berkata…
Selain manfaat ada juga mudharatnya terutama sekiranya diambil berlebihan