Tuesday, December 31, 2013

5 Lembah Bunga Paling Cantik di Dunia

Beberapa tempat di dunia punya lembah bunga yang sungguh luar biasa indah. Saat musim bunga bersemi, tempat-tempat ini menunjukkan landskap terbaiknya. Bunga bermekaran di seluruh lembah, menjadikan pemandangan seperti di negeri kayangan. 

Seperti disalin dari laman detikTravel, berikut 5 lembah bunga paling cantik di dunia:

Sunday, December 29, 2013

Atasi Jerawat Dengan Minyak Kelapa, Begini Caranya...

Jerawat memang selalu menjadi musuh wanita mahupun lelaki kerana menjejaskan penampilan. Kalau ada jerawat yang muncul pada wajah tentunya akan mengganggu dan kurng keyakinan diri.

Jangan kecewa berpanjangan kerana jerawat. Usir jerawat anda dengan bantuan minyak kelapa. Minyak kelapa ternyata sangat membantu untuk mengubati jerawat dan bekasnya. 

Saturday, December 28, 2013

Tip Untuk Ibu dan Bakal Ibu Agar Nyaman Semasa Melahirkan

Rasa cemas bercampur senang dirasakan para bakal ibu saat menantikan kehadiran buah hati. Menurut Doktor Pakar Perbidanan Hospital BSD, dr Wiku Andonotopo, SpOG, PhD kebimbangan tersebut tidak perlu berlebihan.

"Rasa cemas itu wajar, tetapi jangan berlebihan kerana Tuhan sudah memberikan kekuatan luar biasa untuk para ibu. Semua organ di tubuh diciptakan Tuhan sedemikian rupa untuk melahirkan anak. Bayangkan yang menyenangkan sewaktu melahirkan supaya nantinya tidak akan lagi beras takut,"kata dr Ivan.

Untuk persiapan menjelang kelahiran para ibu dapat melakukan tip berikut: 

1.  Jaga kesihatan sepanjang tempoh kehamilan dengan mengambil makanan berkhsiat yang seimbang. Zat berkhasiat yang diperlukan ibu hamil adalah seperti karbohidrat dan lemak, protein, asam folat dan zink, kalsium dan zat besi. 

Friday, December 27, 2013

Beringatlah, Ketawa Berlebihan Penyebab Penyakit Berbahaya Seperti Ini

Satu kajian yang diterbitkan dalam British Medical Journal menyoroti beberapa penemuan bahawa tertawa berlebihan benar-benar terbukti berbahaya bagi kesihatan.

Penelitian yang dilakukan oleh University of Birmingham RE Ferner dan Oxford University JK Aronson ini telah meneliti sejumlah literatur ilmiah.

Seperti disalin dari web Theweek, hidup tanpa tawa mungkin akan membosankan tetapi cubalah untuk menanggapi sesuatu dengan tidak berlebihan. 

Ubat terbaik memang ketawa, tapi ketawa yang keterlaluan juga boleh mengancam hidup anda. Ketawa menurut berbagai penelitian boleh menyebabkan:

Tuesday, December 24, 2013

Video Artis Seksi Indonesia Shinta Bachir Sedang Tukar Baju Beredar di Internet

Artis seksi Indonesia, Shinta Bachir terkejut ketika mengetahui ada video dirinya yang sedang ganti baju. Dirinya bertambah terkejut ketika mengetahui video itu beredar luas di internet.

"Kok bisa dapat gambar aku pas ganti ya? Itu kayaknya pas saya shooting film Pulau Hantu 3 deh. Itu padahal yang ngambil gambar ada di ruang sebelah," kata Shinta kepada wartawan.

Diakui oleh Shinta ketika dia menukar pakaian pada masa  itu hanya ada jurukamera dan pengarah. Menurutnya, dalam video tersebut bukanlah adegan dalam sebuah filem.

"Aku merasa dirugikan banget. Nggak ada untungnya buat saya juga kalau begini," ujar Shinta. [Lihat video di bawah]

Monday, December 23, 2013

Kerap Mengunyah Gula-Gula Getah Menyebakan Migrain? Ini Sebabnya...

Bukan kerana rasanya yang manis atau bahan yang berbahaya, tetapi kegiatan mengunyah terus menerus ketika makan gula-gula getah atau chewing gum boleh menyebabkan migrain. Hasi kajian oleh para ilmuwan Tel Aviv University dari Meir Medical Centre di Israel mendapati 87 peratus remaja mengalami migrain kerana makan gula-gula getah .

Menurut ketua penyelidikan, Dr Nathan Watemberg, mengunyah gula-gula getah telah menyebabkan stres pada sendi temporomandibular (sendi kompleks di rahang) yang bergerak terus menerus sehingga telah menyebabkan sakit kepala.

"Sebelum ini kajian lain yang dilakukan mengatakan bahawa aspartam pada pemanis buatan yang digunakan di sebahagian besar gula-gula getah menyebabkan sakit kepala, tetapi kami memerhatikan banyak pasien melaporkan sakit kepala kerana mengunyah gula-gula getah setiap hari," kata Watemberg, seperti disalin dari laman Dailymail.

Sunday, December 22, 2013

Lucu dan Menghiburkan, Video Anak Anjing Comel Baru Lahir Melolong Seperti Serigala

Lucu dan menghiburkan.  Saksikan video bagaimana seorang budak lelaki mengajar anak anjing comel peliharaannya baru berumur 3 minggu melolong seperti serigala.
Video yang disiarkan dalam You Tube, puppy tersebut dapat memahami apa yang diajarkan oleh tuannya dan secara spontan ia mendongakkan kepalanya ke atas lalu melolong seperti serigala kecil. Saksikan video menarik...

Samsung Edisi Khas 'La Fleur' Untuk Wanita

Samsung diketahui kerap mengeluarkan smartphone edisi khas yang dihiasi dengan motif bunga, disebut edisi La Fleur.  Pada kali ini yang akan diluncurkan Samsung adalah Galaxy S4 Mini La Fleur, mengikuti jejak Galaxy S III Mini yang diperkenalkan awal tahun 2013.

Smartphone yang mensasarkan untuk kaum hawa ini dibalut warna merah aurora dengan motif bunga besar di bahagian panel belakang dan motif bunga yang lebih kecil di bahagian depan.

Spesifikasi masih sama dengan versi originalnya, layar QHD Super AMOLED seluas 4,3 inci, chipset Snapdragon 400, kamera 8 megapiksel yang dapat merakam video full HD 1080 piksel, dan bateri berkapasiti 1.900 mAh. 

Smartphone yang dikeluarkan di Jerman ini akan berada di pasaran pada bulan Januari 2014 dengan harga 417 euro. Namun belum ada informasi di negara mana handset ini akan dipasarkan.[Sammy Hub]

Saturday, December 21, 2013

Guru Penolong Kanan Dan Pasangan Rakam Video Lucah?

AYER KEROH - Seorang Guru Penolong Kanan [wanita] dan kekasihnya yang merupakan warga Pakistan dihadapkan ke mahkamah majistret di sini, semalam atas pertuduhan merakam video lucah di dalam sebuah rumah, November lalu.

Tertuduh berusia 49 tahun dan Muhamad Usman Ali Liqat, 27, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas mengangguk faham pertuduhan yang didakwa ke atas mereka di hadapan Majistret, Mohd Firdaus Saleh.


Berdasarkan pertuduhan, Lizah dan Muhamad Usman didakwa bersama-sama merakam video lucah atau yang bertentangan dengan kesopanan awam.


Kedua-duanya didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Pangsapuri Bukit Beruang Utama kira-kira jam 8.30 pagi pada 16 November 2013.
Cerita selanjutnya sinarharian.com.my

Friday, December 20, 2013

Siapa 10 Pemain Bola Sepak Dunia Paling Popular 2013?

Siapakah 10 pemain bola sepak dunia paling popular bagi tahun 2013? Berdasarkan kajian dan analisis yang dilakukan oleh media portal Inggris, Cristiano Ronaldo menjadi pemain paling popular dilihat dari jumlah penyokong atau peminat yang dimilikinya di dunia maya.

Hasil survey menunjukkan bahawa pemain yang berasal dari Portugal ini memiliki sekitar 20 juta fans yang tersebar dalam beberapa jejaring sosial yang ada. Tempat kedua  paling popular pula dimiliki oleh Neymar Jr ( Barcelona ) dan posisi ke-3 berpihak kepada David Beckham (bersara). 

Berikut 10 pemain paling popular 2013:

Thursday, December 19, 2013

Mengambil Minuman Energi Berlebihan, Ini Akibatnya...

Minuman energi atau minuman bertenaga sangat popular di kalangan anak muda, kerana kebanyakannya percaya bahawa minuman ini membantu menghilangkan kelesuan biarpun ketika harus berjaga sepanjang malam untuk belajar atau bekerja.

Sayangnya, apabila minuman energi diambil berlebihan dan tidak sesuai dengan kondisi tubuh, minuman ini sangat membahayakan kesihatan. Oleh itu, sebaiknya minumlah apabila anda memang betul-betul memerlukannya.
Seperti disalin dari laman Healthmeup, minuman berenergi jika diambil berlebihan akan memberi kesan negatif seperti berikut: 

Wednesday, December 18, 2013

Bahaya Sakit Gigi Bagi Ibu Hamil Jika Tidak Merawatnya

Wanita hamil sebaiknya harus rajin merawat gigi. Ini dilakukan agar terhindar daripada bakteria-bakteria yang berisiko menyerang tubuh semasa kehamilan

"Menjaga kebersiahan dan merawat gigi yang sakit perlu dilakukan untuk menghindari penyakit-penyakit seperti gingivitis, penyakit periodontal dan tumor kehamilan," kata doktor pakar pergigian, dr. Malini Sahani, seperti disalin dari  idiva.com.

Malini juga menyatakan, ketika mengalami gangguan gusi dan gigi dibimbangi akan menularkan infeksi kepada bayi dalam kandungan. "Kadang-kadang penyakit periodental ini akan memperburuk benjolan pada gusi dan berisiko tumor," ujarnya.

Berikut ini antara sebab perlunya para ibu hamil perlu merawat gigi mereka:

Tuesday, December 17, 2013

Felixia Yeap, Dulu Sebagai Model Majalah Playboy, Kini Jadi Model Pakaian Muslimah

Felixia Yeap, 26, merupakan seorang model seksi terkenal. Dua tahun lalu, Felixia Yeap telah menjadi model majalah Playboy, bekerja dengan Playboy Club Sands Macau.  Felixia Yeap juga pernah memaparkan gambar tubuhnya dalam majalah Playboy Filipina, tetapi kini dia bertukar haluan 360 darjah dengan menjadi seorang model pakaian muslimah lengkap bertudung seperti yang dipakai oleh wanita Islam. 

Mengapa tiba-tiba dia beralih arah daripada seorang model yang mengenakan pakaian seksi, separuh bogel kini menjadi model pakaian menutup aurat?

Monday, December 16, 2013

Dramatik, Jarang Dilihat... Kerbau Berani Mati

Diluar jangkaan, dramatik sekali, bagaimana seekor kerbau dengan beraninya meluru ke arah rakannya yang sedang berjuang menahan serangan sekawan singa.  
Bertindak seperti pahlawan, kerbau gagah terus menanduk dan melontar singa itu ke udara beberapa kali.  Akhirnya singa mengaku kalah, melarikan diri. Peristiwa ini telah dirakam oleh sekumpulan pelancong remaja bersama keluarga, Oliver Matheson, 16, Yaseen Majal, 17 dan Alex Raubenheimer, 17, di Mjejane Reserve sempadan Kruger Park.  Saksikan video menarik...

Wednesday, December 11, 2013

Gadis Remaja Sering Makan "Junk Food" Berisiko Terkena Kanser Payudara


Junk food adalah jenis makanan yang tidak sihat (sampah). Junk food mengandungi sejumlah lemak yang besar, rendah serat, banyak mengandungi garam, gula, lemak, kalori tinggi dan zat aditif tetapi rendah nutrisinya, rendah vitamin, mineral juga serat.

Hasil penelitian yang dilakukan, penyelidik menegaskan bahawa gadis remaja yang suka atau sering makan junk food memiliki risiko lebih tinggi terkena kanser payudara. Penelitian ini dilakukan oleh penyelidik dari Michigan University dengan kerjasama National Cancer Institute. 

Menurut peneliti, makan junk food akan menyebabkan peningkatan lemak di payudara sehingga muncul pertumbuhan jaringan di payudara.

Tuesday, December 10, 2013

Gambar Menarik Belum Pernah di Lihat, Didik Anak Umpama Melentur Buluh...

Perumpamaan Melayu "Melentur buluh biar dari rebungnya" turut diamalkan oleh ibu penyu ini.  Sang ibu menggerak-gerakan kaki dan tangannya seolah-olah sedang menunjukkan cara-cara bagaimana untuk berenang mengharungi lautan yang luas, manakala si anak bertenggek di atas belakang ibunya pula dengan tekun memerhati serta menuruti ajaran ibunya.

Gambar menarik penuh dengan mesej tersirat ini telah dirakam oleh seorang pelajar fotografi, Maria Manzano, 21 tahun, di Shingle Creek Park di Kissimmee, Florida.
[dailymail.co.uk]

Saturday, December 7, 2013

Mengunyah Makanan Lebih Lama, Badan Lebih Langsing



Orang yang cenderung  mengunyah makanan lebih lama sebelum menelannya ternyata berpeluang memiliki tubuh yang langsing.  Ini kerana lebih lama mengunyah makanan, anda akan lebih menikmati rasa makanan tersebut dan secara tidak langsung tanpa disedari anda hanya mengambil sedikit makanan.

Hasil kajian oleh para ilmuwan seperti dikutip dari web Reuters menemukan bahawa jumlah makanan yang diambil menurun apabila mengunyah lebih lama sebelum menelannya, tanpa mengira apakah orang tersebut mempunyai berat badan normal, kelebihan berat badan atau obesiti, ujar seorang pakar diet, Constance Brown-Riggs dari Academy of Nutrition and Dietetics.

Wednesday, December 4, 2013

Berapa Jumlah Diperlukan Pengambilan Daging Merah Setiap Hari


Meskipun protein daripada daging sangat penting, namun masyarakat kita masih kurang mengambil sumber protein seperti daging.

Berbeza sekali dengan penduduk di negara maju seperti Amerika Syarikat di mana menurut data National Health and Nutrition Examination Survey pada 1999 sampai 2004, pengambilan makan daging di Amerika ternyata jauh dari rata-rata yang dianjurkan, iaitu 1.7 aun setiap hari atau 18kg setahun.

Baru-baru ini Jabatan Pertanian AS mengumumkan jumlah harian protein yang disarankan bergantung kepada usia seperti disalin dari Nydailynews, berikut perrinciannya:

Tuesday, December 3, 2013

Tuah Kanak-Kanak Ni Pada Kakinya, Usia Baru 20 Bulan Ikat Kontrak Dengan Kelab Ternama


Tuah ayam pada kakinya, tuah manusia tak siapa yang tahu. Namun tuah kanak-kanak ini benar-benar pada kakinya.
Satu ikatan perjanjian bersejarah dan juga rekod dalam dunia bola sepak telah tercipta di Belgium. Ketika kelab-kelab yang lainnya berlumba-lumba mencari pemain atau calon pemain bintang, sebuah kelab di Belgium, FC Racing Boxberg, telah mengikat kontrak dengan seorang kanak-kanak yang baru berusia kurang dua tahun [20 bulan].

Bryce Brites, 20 bulan direkrut menjadi pemain profesional oleh Boxberg. Kini Bryce berstatus sebagai pemain skuad junior Boxberg di bawah lima tahun.

Kesepakatan antara Boxberg dan Bryce tercapai kerana Sekretariat Boxberg, Dany Vodnik, mengaku melihat bakat semulajadi yang dimiliki Bryce ketika mengawal bola walaupun Bryce belum boleh berlari dengan betul.

Thursday, November 28, 2013

Banyakkan Makan Buah Untuk Hindari Komplikasi Kehamilan dan Kelahiran

Menjaga berat badan, tekanan darah normal dan memiliki pola makan yang sihat amat bermanfaat bagi wanita yang sedang hamil kerana menurut penyelidik, wanita dengan diet sihat hampir tidak ada masalah semasa kehamilan.

Dari hasil penelitian yang diterbitkan dalam British Medical Journal, para ahli menemukan bahwa diet yang sihat termasuk pengambilan banyak makan buah (sekurang-kuragnya tiga biji sehari) dalam sebulan menjelang konsepsi akan membuat wanita sepanjang tempoh kehamilan dan kelahiran dalam keadaan baik  dan lancar.

"Penemuan ini menunjukkan bahawa dengan menjalani pola hidup sihat baik sebelum dan selama kehamilan termasuk makan banyak buah dan mempertahankan BMI sihat, mungkin perempuan akan mengalami kehamilan tanpa komplikasi," kata penulis utama studi dari King College London, Dr Lucy Chappell, seperti dalam ditulis News.

Tuesday, November 26, 2013

Kalau awak mengaku diri tu orang, jangan ikut perangai ni... 9 Jenis Haiwan Yang Bertukar Pasangan

Fenomena bertukar pasangan terbukti mengadopsi kebiasaan primitif, bahkan liar.  Bertukar pasangan jamak dilakukan dalam dunia haiwan. Malangnya ada manusia yang suka bertukar pasangan atas nama kebebasan. 

Livescience dalam rubriknya, Animalscience, mencatatkan ada beberapa haiwan yang melakukan pertukaran pasangan untuk melakukan reproduksi.
Berikut ini sembilan haiwan yang sering bertukar pasangan.

1. Tikus Berkantong Brown antechinus 
Betina Brown antechinus selama dua minggu pada musim reproduksi melakukan aktiviti mengawan dengan lebih dari satu jantan. Proses mengawan yang dilakukannya menghabiskan waktu 5 hingga 14 jam. 

Sunday, November 24, 2013

Bahaya Layar Sentuh Buat Anak Bawah Umur

Jangan biarkan anak anda terlalu asyik dengan tablet kerana ini akan memberi kesan tidak baik jangka panjang dengan perkembngan otot tangan dan jari. 

Pakar pusat rawatan  terapi,  di Maryland, Amerika Syarikat, Lindsay Marzoli mengatakan bahawa  apabila kanak-kanak menggunak tablet sentuh 'touchscreen' jari kanak-kanak tersebut tidk dapat membina otot yang diperlukan.

Jika anak dibiarkan terus-menerus memakai layar sentuh, otot tangan mereka akan lemah. Mereka akan mengalami kelewatan pertumbuhan otot atau kelemahan otot di beberapa bahagian. 

Dr. Timothy Doran, doktor kanak-kanak dari Greater Baltimore Medical Centre , mengatakan bahawa penggunaaan layar sentuh tiga hngga empat jam sehari tanpa pengawasan orang tua boleh membahayakan perkembangan anak.

Wednesday, November 20, 2013

Mengapa Kram, Kejang Otot Malam Hari dan Cara Mencegahnya

Kram atau kejang di betis atau kaki pastinya sangat menyakitkan. Kram kaki pada malam hari boleh berlaku kepada semua usia, terutamanya bagi wanita selama kehamilan, dan pada orang tua.

Bagi kalangan muda, kram terjadi kerana disebabkan rendahnya kadar natrium dalam darah. Kram terjadi akibat pepeluhan setelah selesai bersukan ketika cuaca panas atau sedikitnya kadar garam dalam diet (pola makan).

Penyebab lainnya ialah apabila berlaku perubahan dan sirkulasi darah pada saraf kaki juga berkaitan dengan kram. 
Kram disebabkan oleh kejang otot ketika serat otot berkontraksi atau menyusut. Penyakit tiroid dan diabetes juga mungkin memicu kram.

Friday, November 15, 2013

Cara Menyeduh Teh Yang Betul

Walaupun cara minum teh identik dengan budaya dan tradisi, tetapi ada baiknya untuk mengubah kebiasaan menyeduh teh atau merendaam teh menggunakan air matang yang hangat, bukan air panas apa lagi mendidih. 

Pengasas komunii pecinta teh, Ratna Soemantri mengatakan, menyeduh teh dengan air mendidih sudah menjadi kebiasaan masyarakat.  Cara yang paling baik jika hendak merendam teh ialah dengan air bersuhu 70 darjah Celsius.

"Pada suhu tersebut, seseorang dapat merasakan rasa dan manfaat kesihatannya. Selain itu pastikan kebersihan airnya kerana ini juga akan mempengaruhi rasa dan aroma teh. Air yang digunakan juga tidak boleh berbau dan berasa," jelasnya.

Wednesday, November 6, 2013

Makanan Untuk Meningkat Kesuburan Sperma...

Seorang penyelidik di AS berjaya menemui hubungan antara sayuran dan peningkatan jumlah sperma pada lelaki. Sayuran yang baik untuk lelaki ternyata adalah lobak merah atau buah-buahan dan sayuran berwarna oren dan kuning.

Menurut pengkaji, lobak merah terutamanya dapat meningkatkan penghasilan  sperma. Perkara ini juga dipersetujui oleh para peneliti di Harvard University School of Public Health yang mendapati bahawa buah limau dan buah-buahan berwana kuning dapat meningkatkan kuantiti dan kualiti sperma.

Saturday, October 26, 2013

Berlian Termahal RM200 Juta

Ditemui di Afrika Selatan pada tahun 1999 di kawasan perlombongan gergasi De Beers.  Proses memotong dan menggilap permata merah jambu ini mengambil masa selama 2 tahun untuk memastikan ia benar-benar unik dan istimewa.

Batu berlian yang dikenali sebagai 'the Pink Star' 59.60 karat ini bakal menjadi batu permata termahal di dunia sehingga mencecah £40million atau RM200 juta dalam upacara lelongan yang akan diadakan di Sotheby's, Geneva pada bulan depan.

Selain saiznya yang besar yang jarang ditemui, ia juga mempunya kedalaman warna yang luar biasa

Friday, October 25, 2013

Bilik Tidur Harum Membantu Kualiti Tidur

Jangan biarkan bilik tidur anda beraroma tidak sedap, kerana aroma pada bilik tidur ternyata mempengaruhi kualiti tidur.

Menurut hasil kajian dan penelitian yang dilakukan oleh National Sleep Foundation's (NSF), sebahagian besar responden di Amerika Serikat, Kanada, Mexsico, Inggris, Jerman dan Jepun mengaku merasa tidur lebih santai jika bilik tidur harum.

"Penelitian telah menunjukkan bahawa aroma memainkan peranan yang kuat dalam relaksasi dan memori, aroma wangi membuat tidur lebih baik" kata CEO dari NSF, David Cloud, dikutip dari Huffingtonpost.

Monday, October 21, 2013

Kopi Melipatgandakan Kualiti Seks Wanita

Jika anda ingin mendapatkan kualiti seksual dalam aktiviti bercinta dengan pasangan anda, amalkanlah minum kopi hitam. Ianya adalah pilihan yang baik dibandingkan kita mengkonsumsi ubat-ubatan," kata Zoya Amirin, pakar Psikologi Seksual pertama di Indonesia.

Ritual minum secawan kopi juga menjadikan aktiviti bersama pasangan amat menyenangkan . "Wanita dan secangkir kopi hitam, saya kira itu juga merupakan hal seksi yang dapat membangkitkan ghairah pasangannya", lanjut Zoya.

"Kopi secara alami dapat memicu tubuh kita memproduksi hormon endorfin, ini adalah senyawa kimia yang membuat kita merasa senang dan nyaman hingga membuat kita berenergi," ujarnya.

Saturday, October 19, 2013

Pembuat Filem Menghina Islam [Fitna] Naik Haji

Pada awal tahun 2008 yang lalu, Arnoud Van Doorn pernah membuat gempar di seluruh dunia. Bersama Geert Wilders, dia membuat filem berjudul Fitna yang dinilai menghina umat Islam dan Alquran.

Pada awal tahun ini, tepatnya 27 Februari, Van Doorn sekali lagi mengejutkan dunia. Melalui twitter, mantan politikus Parti Kebebasan Belanda itu mengumumkan dirinya masuk Islam. Dan pada tahun ini pula dia berangkat ke Tanah Suci untuk melaksanakan ibadah haji.

"Saya menemukan diri saya di antara hati-hati yang yakin. Saya berharap air mata penyesalan saya mengeluarkan semua dosa-dosa," kata Van Doorn dikutip dari Saudi Gazette.

Friday, October 18, 2013

Bugatti Veyron Emas Pak Arab RM5 Juta

Bugatti Veron berwarna emas dan hitam milik jutawan Arab berharga  £1million pound, atau lebih kurang RM5 juta menjadi tarikan utama penduduk Britain.  Kereta ini diterbangkan khas dari Arab ke Britain untuk kerja-kerja mengecat.  Keunikan gabungan warna emas dan hitam telah menjadikan kereta ini sangat hebat. 
Supercar: The car is powered by an 8-litre engine which develops around 1,000bhp - giving the Grand Sport a 0-62mph time of 2.7 seconds and a staggering top speed of 252mph

Tuesday, October 15, 2013

Mari Lihat Isi Kandungan Daging Lembu Dan Kambing

Daging kambing dan lembu menjadi hidangan utama sepanjang perayaan Aidiladha ini. Bagi mereka yang memiliki penyakit atau menjaga pemakanan sihat, mengetahui isi kandungan makanan adalah hal penting termasuk juga mengetahui isi kandungan daging. 


Menurut laman web pengawas makanan US, USDA dan nutrition, daging lembu adalah sumber protein yang baik. Ia juga sumber zat besi, vitamin B12, Selenium dan rendah sodium. Apa yang dibimbangi, daging ini banyak mengandungi kolesterol dan lemak trans yang buruk bagi kesihatan. 

Sunday, October 13, 2013

Ini Yang Terjadi Pada Tubuh Saat Minum Soda

Meminum setin minuman bersoda pada siang hari benar-benar menggiurkan. Rasa dahaga segera berganti dengan kesegaran. Namun, tahukah anda, apa yang terjadi di dalam tubuh saat soda masuk ke dalamnya? Berikut ini ulasannya, seperti disalin dari laman Daily Health Post. 

10 Minit Pertama
Kandungan gula yang mencapai 10 sudu teh akan segera masuk ke dalam sistem tubuh. Kita memang tidak akan muntah kerana rasa manis yang luar biasa. Asid fosfat yang terkandung di dalamnya akan memotong rasa itu. 

20 Minit Kadar gula dalam tubuh akan meningkat yang akhirnya menaikkan kadar insulin. Hati kita akan mengatasinya dengan mengubah gula tersebut menjadi lemak.

Thursday, October 10, 2013

Belum Pernah di Lihat: Memang Luar Biasa

Jarang berlaku dan jarang kita lihat kejadian yang agak pelik dan luar biasa seperti dalam gambar di atas.  Peristiwa ini sempat dirakam oleh seorang jurugambar, Azam Husin di Lucknow, Utara India di mana hubungan antara dua haiwan berlainan spesies menunjukkan rasa bertanggungjawab untuk membantu yang dalam keadaan kesukaran. 

Seekor tikus yang sedang berjuang untuk hidup terperangkap di tengah- tengah sebuah kolam besar dengan berpaut pada sisa-sisa sampah.

Tidak semena-mena seekor katak menghampirinya memberikan pertolongan.   Dengan rela hati katak memberikan laluan kepada tikus berpaut di belakang badannya lalu membawanya ke tepi kolam.  Baiknya katak ni...
[dailymail]

Wednesday, October 9, 2013

Makanan Yang Boleh Mengurangkan Tekanan

Anda mengalami tekanan di tempat kerja? Atau cuaca yang panas membuatkan anda berasa tertekan? Jangan risau. Makanlah makanan yang boleh membebaskan anda daripada stres seperti senarai di bawah:

Oren 
Kajian dari German menunjukkan bahawa vitamin C membantu untuk mengurangkan tekanan dan membuatkan tekanan darah menjadi normal semula. Vitamin C juga dikenali untuk meningkatkan sistem imunisasi dalam badan.

Saturday, September 28, 2013

5 Sebab Mengapa Seks Menjadikan Isteri Anda Lebih Cantik

Make-up dan rawatan kecantikan membuatkan seseorng wanita kelihtan lebih cantik, tetapi anda sebenarnya mempunyai kaedah rawatan yang lebih mudah, semula jadi malah mengasyikkan, bagaimana?  Ya, dengan seks yang halal secara teratur adalah kunci rawatan kecantikan seorang wanita yang bernama isteri.  Berikut adalah lima sebab mengapa seks perlu menjadi alat rawatan kecantikan anda :

1 . Natural Makeup
Apabila seseorang berasa teruja, anda akan vasolidate yang bermakna semasa berlakunya hubungan suami isteri, saluran darah anda memperluas dan akan meningkatkan aliran darah. Ini adalah proses yang berlaku dalam hubungan seks dimana urat dan arteri di dalam badan mendapat senaman yang baik. Oleh itu , darah bergerak lebih cepat dan lebih dekat kepada kulit, menjadikan kulit anda kelihatan segar semulajadi.

2 . Kulit Cantik
Semasa berlangsungnya hubungan intim, otak kita akan mengeluarkan sejenis hormon yang meningkatkan pengeluaran kolagen secara langsung membantu menjaga kulit anda kelihatan segar dan anjal. 

Wednesday, September 25, 2013

Mengenal Pasti Penyakit Melalui Kuku

KUKU yang bersih dan sentiasa terawat akan kelihatan cantik.  Merawat kuku bukan sekadar sebahagian dari ritual kecantikan. Keadaan dan bentuk kuku sebenarnya memberi petunjuk atau menjadi indikator tahap kesihatan anda.

Hanya dengan melihat perubahan warna kuku, seseorang boleh mengenal pasti mengesan jenis penyakit yang sedang dideritanya. Berikut beberapa penyakit yang dapat dikenal pasti melalui keadaan kuku:

Hepatitis
Kuku putih bukan bererti anda sedang sihat, sebab ketika kuku berwarna putih dengan hujung atas berwarna gelap, kondisi ini menandakan adanya masalah pada hati, seperti hepatitis.

Diabetes
Kuku yang berwarna kuning, sering disebut  "sindrom kuku kuning", menandakan diabetes. Keadaan ini adalah disebabkan tingginya glukosa yang menyebabkan tumpukan protein kolagen pada kuku. Tompokan protein itulah yang membuat kuku nampak seperti menguning.

Tuesday, September 24, 2013

Wanita Bersukan Berlebihan Cepat Menopause

Berolahraga atau bersukan memang memiliki pengaruh positif untuk tubuh tetapi, bagi wanita yang sangat aktif berolahraga serta berdiet makanan sihat boleh menyebabkan munculnya gejala menopause lebih cepat.

Peringatan tersebut disampaikan pakar Jepun. Selama 10 tahun, pengkaji Jepun mengamati 3100 orang wanita yang tidak mengalami menopause pada awal penelitian.

Hasil kajian mendapati, wanita yang aktif berolahraga selama 8-10 jam seminggu sebanyak 17 persen lebih mungkin bergabung dengan kelompok wanita dengan gejala menopause.dibandingkan dengan wanita yang kurang aktif seperti disalin dari GeniusBeauty.

Thursday, September 19, 2013

Laici Menurunkan Tekanan Darah Dan Mencegah Kanser

.

Kandungan vitamin dan mineral laici per 100 gram buah adalah 72 mg vitamin C, yang ertinya 40% lebih banyak dari buah limau.  Makan 9 biji uah laici dapat memenuhi ke'perluan vitamin C sehari orang dewasa. Energi yang terdapat dalam laici berasal dari susunan karbohidrat dan gulanya.

Mencegah Flu
Laici mengandung polyphenols, lebih banyak 15% dari anggur yang dianjurkan sebagai buah dengan kandungan polyphenol tinggi.  Selain enak dan segar, buah Iaici juga mempunyai banyak manfaat bagi kesihatan tubuh, di antaranya:

Mencegah Anemia.
Buah laici kaya akan kandungan zat besi yang dapat membantu menyeimbangkan jumlah hemoglobin di dalam darah dan mencegah anemia.  Laici jug membantu menurunkan Hipertensi.  

Kadar kalium yang terdapat dalam buah laici sangat tinggi. Kalium sangat berguna untuk meningkatkan keteraturan denyut jantung. Potasium, nama lain kalium, juga bagus untuk mengendalikan keseimbangan cairan pada jaringan sel tubuh. Selain itu, buah ini juga dapat  menurunkan tekanan darah tinggi atau hipertensi.

Monday, September 16, 2013

10 Mata Wang Termahal di Dunia

Seperti disalin dari foxnews24x7.com, terdapat beberapa negara di mana nilai tukaran wang terhadap dolar sangat mahal. Sebut saja Bahrain, 1 dinar Bahrain dinilai setara dengan US$ 2.65.
Penduduk yang tinggal di kawasan Eropa juga dapat menikmati tingginya nilai wang euro terhadap dolar AS. Warga Eropa yang berlibur ke AS dapat membeli banyak barang dengan harga yang lebih murah di sana mengingat nilai tukarnya yang sangat tinggi terhadap dolar AS.

Selain dinar dan euro, berikut adalah antara 10 negara yang mata wangnya paling mahal di dunia mengatasi dolar US bermula dari tempat ke-10.

Friday, September 6, 2013

Secara Rasminya Note 3 Berada di Pasaran 25 September

Samsung secara rasminya telah melancarkan phablet generasi ketiga mereka iaitu Galaxy Note III di sidang pameran elektronik IFA yang sedang berlangsung di Berlin dan merupakan antara peranti yang dinanti-nantikan tahun ini.

Galaxy Note III akan mula dijual di lebih 140 negara seluruh dunia termasuk negara Malaysia mulai 25 hb September ini.

Thursday, August 29, 2013

Samsung Galaxy Note 3 Mempersembahkan Video 4K

Telefon pintar yang akan datang Samsung Galaxy Note 3 mungkin menjadi telefon pintar yang “pertama” dilengkapi kamera dengan teknologi rakaman ‘Ultra High Definition ‘  yang mempunyai  resolusi 3840×2160.

Dengan hanya beberapa hari lagi sebelum majlis pengumuman IFA 2013 masih terdapat lagi info-info yang terkini. Sementara Ultra HD kedengaran amat hebat, tetapi ia masih tidak berguna kerana tiada lagi telefon pintar yang boleh memainkan semula video yang menggunakan resolusi tinggi. 

Ramai yang mengatakan ia tidak berguna kerana “Ultra HD” TV mempunyai harga yang agak mahal. Namun, tidak dapat dinafikan apabila teknologi seperti ini dimasukan kepada peranti ini, Note 3 mengambil satu langkah kehadapan.