Tuesday, December 18, 2012

Atasi Kuku Rapuh Dengan Bawang Putih

Dalam dunia kesihatan, bawang putih dapat membantu menurunkan risiko penyakit jantung dan penyakit-penyakit degenerative yan lain. Dalam dunia kecantikan juga bawang putih membantu antaranya untuk merawat kuku agar tetap kuat dan lentik.

Bawang putih mengandungi anti oksidan dalam jumlah yang cukup banyak. Kandungan ini sangat berguna untuk kekuatan kuku rapuh yang mudah sekali patah. Selain menguatkan, bawang putih juga mempercepat pertumbuhan kuku secara normal, memperbaiki kutikula, dan kulit kuku yang mati di sekitar kuku.

Setiap hari, cuba sapukan atau gosokkan potong bawang putih pada kuku anda. Diamkan sejenak, lalu cuci dengan sabun agar baunya hilang. Anda boleh memarutnya lalu ditempelkan pada kuku anda seperti masker selama 5 minit atau lebih adalah lebih baik, kemudian cuci bersih. [suaramerdeka]