Thursday, November 15, 2012

Jutawan John McAfee, Pencipta Perisian Anti Virus Internet Security Disyaki Melakukan Pembunuhan

Inilah wajah sebenar jutawan John McAfee, 66 tahun, [gambar atas] pereka atau pencipta software antivirus McAfee yang hebat.  Umum mengetahui,  McAfee  Internet Security adalah antara software anti virus terkemuka dunia dan jutaan pengguna komputer seluruh dunia menggunakan antivirus ini kerana keberkesanannya melindungi komputer mereka daripada serangan virus internet.

Namun tragedi malang menimpanya apabila disyaki sebagai suspek utama dalam kes pembunuhan seorang jurubina tempatan yang telah ditembak mati pada hari Sabtu di rumahnya di Bandar San Pedro di pulau Ambergris Caye.