Saturday, November 10, 2012

Berani Mati, Penyelam Rakam Gambar Giant Anakonda Dari Jarak Amat Dekat

Penyelam berani mati dari Swiss, Franco Banfi, 53, hanya dengan berbekalkan kamera menunggu selama 10 hari di sungai Mato Grosso, Brazil untuk merakam secara lebih dekat dalam misi mengenali habitat kehidupan semula jadi spesies ular terbesar di dunia, anakonda yang mendiami dasar sungai yang sebagai tempat tinggalnya .  Anakonda sepanjang 8 meter [26 kaki] adalah antara yang berjaya dirakam sedang berehat kekenyangan di tebing sungai dalam jarak yang sangat hampir dan boleh menyentuhnya jika mahu. 

"Pada peringkat awal misi, ia adalah amat menakutkan kerana umum mengetahui ia haiwan yang berbahaya,  Namun jika anda tahu menghormati privasi ular ini maka ia tidak akan membahayakan," kata Franco.