Thursday, November 8, 2012

Kanak-Kanak Sekolah Bersabung Nyawa Merentas Kabel Jambatan Gantung Yang Roboh

Kasihan... Sekumpulan kanak-kanak sekolah yang kuat semangat saja sanggup mengharungi kesukaran yang teramat untuk ke sekolah menimba ilmu. Kira-kira 20 orang pelajar sekolah yang tinggal di Kampung Busuk Batu, Pulau Sumatera terpaksa bersabung nyawa  meniti dan bergayut pada kabel jambatan gantung yang telah roboh akibat banjir besar dua tahun yang lalu.  Kabel setinggi 30 kaki di atas sungai yang airnya mengalir deras menjadi laluan kanak-kanak ini kerana tiada jalan alternatif ke sekolah.  Kemudian mereka meneruskan perjalanan sejauh 7 kilometer menuju ke sekolah yang terletak di Bandar Padang.

Jika hujan lebat, paras air sungai meningkat ke paras bahaya, mereka hanya menghabiskan masa persekolahan di rumah. 

Lihat foto-foto di bawah, semoga ia dapat memberikan kita satu keinsafan betapa bersyukurnya kita dengan nikmat kemudahan dan kemewahan yang dikecapi...