Friday, October 26, 2012

Kejamnya Cikgu Ni!!!

Tindakan kejam seorang guru sekolah rendah, Cik Yanhong, 20, mengenakan hukuman keterlaluan terhadap murid-muridnya dengan pelbagai bentuk hukuman yang menakutkan dan menyakitkan telah mencetuskan kemarahan orang ramai di Zhejiang, negara Cina.  Sebanyak 702 keping gambar penderaan itu adalah yang dirakam oleh guru itu sendiri yang kemudiannya  menghantarnya kepada rakan-rakan dengan tujuan untuk seronok-seronok saja.

Guru muda itu mendakwa dia melakukan deraan terhadap murid-muridnya hanya untuk mengambil gambar-gambar tersebut sebagai sesuatu yang lucu dan suka-suka saja.  Alasan guru tersebut dinafikan oleh ibu bapa murid yang terlibat memandangkan imej yang tertera membuktikan ia suatu bentuk hukuman yang tidak berperikemanusiaan  terhadap kanak-kanak. Lihat foto-foto menyedihkan ini...

Pelajar Brazil Jual Dara $780 Ribu Dollar

Apa nak jadi... Pelajar Brazil, 20, berjaya menjual daranya bernilai $780,000 selepas menyiarkan untuk lelongan dalam talian online.  Lelaki Jepun, Natsu yang berjaya dalam bidaan itu terpaksa menghadapai persaingan sengit mengetepikan dua lelaki dari Amerika dan seorang dari India. 


Catarina Migliorini seorang pelajar dalam bidang Pendidikan Fizikal mendakwa masih dara dan dia bukan pelacur kerana dia hanya menjual tubuhnya sekali  saja. Dia akan menggunakan wang tunai  itu untuk membina rumah keluarga yang dilanda kemiskinan di negaranya.

Dia akan diikuti oleh krew filem dokumentari yang dipanggil ‘Virgins Wanted’. Langkah Catarina mencetuskan kemarahan di seluruh dunia dengan banyak mendakwa tindakannya itu seperti lebih sedikit daripada pelacur.