Monday, October 15, 2012

Felix Catat Rekod Terjun Bebas Dari Stratosfera, Ketinggian 24.5 Batu Bergerak Mengatasi Kelajuan Bunyi

Penerjun Austria, Felix Baumgartner, 43 tahun  mencatat rekod terjun bebas dari kapsul pada ketinggian 38400 meter [24.5 batu] dari atas bumi di kawasan Stratosfera.  Felix menjadi penerjun bebas pertama yang bergerak pantas sehingga 834 batu sejam, mengatasi kelajuan bunyi [1.24 mach]. 

Bekas anggota tentera pasukan payung terjun yang berusia 43 tahun itu mengangkat tangan tanda kemenangan, melakukan penerjunan bebas di angkasa selama 5 minit di atas wilayah Roswell, New Mexico, AS, dan kemudiannya mengembangkan payung terjunnya lalu mendarat di kawasan gurun bahagian timur New Mexico. Lihat video di bawah ...

Bergadai Nyawa : Kanak- Kanak Sekolah Menyeberang Sungai Dengan Pelampung Tiub

Tiada jambatan, tiada kemudahan jalan raya, tiada kenderaan. Sekumpulam kanak-kanak sekolah yang tinggal di sebuah kampung terpencil di Wilayah Rizal, Filipina menggunakan tiub atau pelampung getah menyeberangi sungai untuk pergi ke sekolah.

Mereka harus menempuh bahaya terapung di atas pelampung getah tidak kurang 30 minit untuk sampai ke destinasi yang mengancam keselamatan dan nyawa kanak-kanak ini.  Kemudian mereka meneruskan perjalanan hanya berjalan kaki yang jaraknya agak jauh untuk sampai ke sekolah.

Jika hari hujan dan paras air sungai naik, mereka tidak dapat ke sekolah atau pulang ke rumah.