Thursday, October 4, 2012

10 Ciri Wanita Yang Dicari Lelaki

Setiap jejaka punya cita rasa tersendiri semasa mencari calon isteri berdasarkan kajian umum. Berikut disenaraikan 10 ciri yang diburu kaum lelaki tanpa mengikut urutan khusus.

1. Keyakinan
Lelaki suka pada wanita yang yakin pada penampilan diri, percaya pada kemampuan sendiri dan tidak kerap menuntut pengesahan pasangan. Memang lelaki berasa seronok jika wanita bersandar kepadanya untuk sokongan di saat dirinya berasa tidak
selamat. Namun, jika asyik melekat, ia begitu merimaskan! 

2. Humor
Wanita yang suka ketawa dan bersenda adalah yang dapat membantu lelaki meredakan tekanan. Malah, lelaki mahukan wanita yang boleh mentertawakan diri sendiri. Jika wanita terlalu serius dan kerap berpandangan negatif pada setiap yang berlaku dalam  kehidupan, ia mudah membosankan lelaki. Suntiklah keceriaan dalam hidup Cik Abang dan ia bakal menambat hati si dia.