Sunday, September 23, 2012

Babi Pun Ada Perasaan Belas: Menyelamatkan Kambing Daripada Lemas

Video pendek di bawah amat memberi kesan dan pengajaran kepada kita agar sedar dan bermuhasabah diri betapa nilai diri kita berada pada tahap mana. Paparan video ini menunjukkan betapa mulianya sikap seekor anak babi yang sudi memberi bantuan kepada seekor anak kambing yang tersangkut kakinya pada celah batu di dalam sebuah kolam di sebuah zoo haiwan peliharaan.  
Ketika anak kambing mengembek-ngembek sekuat hati meminta tolong manyabung nyawa daripada lemas kerana kakinya tersangkut, tiba-tiba seekor anak babi comel berenang dengan pantas menuju ke arahnya lalu menyondol dan menolak  badan anak kambing tersebut.   Memang tidak dinafikan babi mempunyai daya atau kekuatan untuk menyondol.