Friday, September 21, 2012

Pelakon Filem "Innocence of Muslims" Mengenakan Tindakan Undang-Undang Terhadap You Tube

Aktres pelakon film Innocence of Muslims, Cindy Lee Garcia, yang terlibat dalam  filem amatur yang menimbulkan kekecohan dan rusuhan hampir di seluruh wilayah Afrika dan Timur Tengah telah melakukan tindakan mahkamah kepada YouTube dan produser filem itu. Mengapa?

Cindy beranggapan akibat tersiarnya filem itu telah membautkannya stres, tertekan, privasinya terganggu, rasa tertipu, suasana permusuhan, dan merasa terasing dengan sekitar.

Setelah tersebarnya filem Innocence of Muslims di you tube, sehingga menimbulkan kemarahan umat Muslim di seluruh dunia, dan mendapatkan penonton jutaan jumlahnya di YouTube, Garcia mendakwa dia telah kehilangan pekerjaannya, menerima ancaman bunuh, dan tidak lagi dipercayai mengasuh cucunya sendiri.
Berdasarkan situasi yang amat tidak menyenangkannya itu, dia melakukan tindakan undang-undang di Mahkamah Tinggi Los Angeles County Superior Court.