Friday, September 14, 2012

'Pintu ke Neraka' Lubang Gergasi Bekas Lombong Gas Asli Masih Terbakar Sejak 40 Tahun Lalu

Sebuah lubang gergasi  di kenali dengan jolokan pintu ke neraka  masih lagi terbakar hingga ke hari ini sejak 40 tahun yang lalu. Lubang gergasi yang terletak di tengah-tengah gurun Karakum, Derweze, Turkmenistan adalah bekas tapak lombong gas asli yang digali pada tahun 1971 oleh pasukan ahli geologi Russia. Lombong gas tersebut terpaksa ditutup apabila pelantar penggerudian bawah tanah runtuh lalu meninggalkan lubang diameter 70 meter.