Friday, September 7, 2012

'Wujiao' Pelajar Tidur Setengah Jam Selepas Makan Tengah Hari

Dikenali sebagai 'wujiao' atau tidur setengah jam selepas makan tengah hari merupakan satu konsep atau peraturan tradisional dalam sistem pendidikan di China dan Taiwan bagi kanak-kanak sekolah rendah.  Sesi pembelajaran yang bersambung pada sesi petang sudah tentu amat meletihkan.  Justeru dengan menggunakan kaedah 'wujiao', semua murid perlu mematuhi peraturan ini untuk mengembalikan semula kecergasan fizikal dan mental.