Thursday, September 6, 2012

Hari Pertama Sekolah, Kanak-Kanak Diarahkan Bawa Meja dan Kerusi Sendiri

Sebuah sekolah di Wilayah Tengah China, meminta ibu bapa membawa meja dan kerusi sendiri pada hari pertama pendaftaran anak-anak mereka di kelas tadika.  Hari pertama persekolahan yang bermula pada 1 September lalu menyaksikan berbagai-bagai ragam ibu bapa terpaksa mengusung meja kerusi kerana sekolah di kawasan itu menghadapi masalah kekurangan kerusi meja. Sekolah di bandar Shunhe mempunyai sejumlah 5000 orang pelajar tetapi terdapat hanya 2000 buah meja kerusi disediakan. Manakala 3000 lagi disediakan oleh para penjaga masing-masing. 

Jika perkara ini berlaku di Malaysia, sudah pasti kecoh seluruh pelusuk negara.
A desk is tied to a motorbike on the first day of school