Sunday, July 29, 2012

Menu Sahur : Ikan Talang Masin & Nanas Tumis Darat

Bahan-bahan:
300 gm ikan masin talang, ambil isi dan tulang
1 biji nanas dipotong nipis
2 sudu besar serbuk kari ikan
1 sudu besar cili kisar
1 cawan santan pekat
2 cawan air

Bahan Tumis Darat:
2 ulas bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
Sedikit daun kari
Sedikit halba campuran
[Tumis semua bahan-bahan ini hingga wangi dan masukkan dalam gulai.]

Cara membuat kuah:
  • Panaskan santan, masukkan serbuk kari dan cili kisar.
  • Masak hingga santan pekat dan terbit minyak.  Masukkan air dan biarkan gulai mendidih.
  • Masak hingga nanas lembut.[mingguan wanita]