Tuesday, July 24, 2012

Cili & Lada Bertindak Sebagai Pelangsing Tubuh?

Ini dia rahsia di sebalik sipedas yang berguna untuk melangsingkan tubuh. Jenis sayur bernama cili api atau lada ternyata mampu menghilangkan lemak pada tubuh melalui tiga cara, iaitu dengan membakar lemak, menekan rasa lapar, dan meningkatkan pembakaran kalori.
Pasukan penyelidik diketuai oleh Stephen Whiting dari Manchester Metropolitan University baru-baru ini melakukan ujian dan membuktikan bahawa lada merupakan komponen kunci untuk diet. Kandungan zat kimia capsaicin yang memberikan rasa panas dipercayai dapat memicu adrenalin dan kemudian memberikan arahan kepada otak untuk membakar sel-sel lemak.