Friday, June 22, 2012

Hanya di China

Macam-macam perangai orang ni. Gambar di atas sempat dirakam oleh pengguna jalan raya di Xi'an, Wilayah Shaanxi, Barat China dan tersebar di laman-laman web negara itu.

Sikap seorang bapa yang tidak menghiraukan keselamatan anaknya bertindak demikian di jalan raya yang sibuk menjadi perbualan hangat serta rasa kemarahan orang ramai di laman sosial negara China.

Dari sudut persepsi yang berbeza, kita boleh mengandaikan bahawa bapa ini hanya sekadar untuk menghiburkan anak kesayangannya kerana hanya itulah saja yang dia termampu melakukannya. Sayangnya bapa ini kurang menyedari akan risiko yang mungkin berlaku dan perlu diberikan pendidikan keselamatan jalan raya :)

Pengaruh Dadah : Panjat Tiang Elektrik Voltan Tinggi Disangkanya Jambatan

Seoarang wanita Chech berusia 21 tahun yang menghabiskan masa selama 4 jam menghisap ganja [kanabis] telah berhalusinasi [khayal terlampau] akibat  pengaruh dadah kanabis amat kuat,  memanjat tiang elektrik bervoltan tinggi setinggi 40 kaki kerana menyangkanya ia sedang menyeberangi sungai dan melalui sebuah jambatan. 

Dia berpaut pada tiang elektrik selama dua jam yang disangkanya tiang jambatan. Anggota polis dan pegawai kaunselor dipanggil untuk menyelamatkan wanita tersebut. Dia bernasib baik kerana tidak memegang kabel bervoltan tinggi.