Wednesday, June 20, 2012

Thailand's Got Talent Yang Amat Mengejutkan Juri & Penonton

Seorang peserta rancangan Thailand's Got Talent yang baru disiarkan semalam melalui saluran 3 telah menimbulkan kontroversi serta mencetuskan kemarahan apabila semasa dalam persembahannya itu peserta tersebut menanggalkan baju dan pakaian dalamnya dengan alasan seni bebas, menyimbah pelbagai cat warna  ke atas badannya.

Kemudian peserta wanita itu memalingkan badannya yang bercat ke arah penonton sambil melemparkan senyumannya sebelum menggunakan dadanya melakukan catan di atas kanvas.