Sunday, June 17, 2012

Antara Masalah Orang Obesiti

Susah jadi orang obesiti ni.  Di mana-mana saja mereka terpaksa menghadapi masalah yang tak terjangka.  Gambar di atas menunjukkan seorang penumpang obesiti jet Airbus 320 kelas ekonomi hanya dapat menempatkan separuh badan pada tempat duduk pesawat berkenaan. Kebanyakan syarikat penerbangan tidak menyediakan tempat duduk untuk orang berbadan besar atau obes. Oleh itu mereka perlu menempah untuk dua tempat duduk jika inginkan keselesaan semasa dalam penerbangan. 
Jagalah kesihatan dengan mengawal pemakanan, jangan ikutkan nafsu & selera makan kita :)

Petua dapur : Menjernihkan Minyak Masak Terpakai

Minyak masak yang telah digunakan beberapa kali untuk menggoreng makanan akan menjadi berkeladak dan kehitaman.  Untuk menjerihkan semula minyak masak terpakai, tapis dahulu minyak tersebut. Kemudian, ambil satu inci halia dan hiris nipis-nipis.  Gorengkan bersama minyak tadi. InsyaAllah minyak yang sudah hitam akan kembali jernih seperti minyak baru. [majalah anis]