Saturday, May 12, 2012

Uji Kehebatan Kereta Baru Bersama Babun

Pengeluar kereta Hyundai telah mengadakakan sesi ujian ketahanan dan kelasakan kereta hatcback barunya  dengan segerombolan babun di Knowsley Safari Park, Merseyside. Babun adalah antara haiwan yang tergolong dalam binatang cerdik.  Lebih 40 ekor babun di taman tersebut mengambil bahagian menguji keseluruhan bahagian kereta termasuk luar dan dalam. Sesi ujian tersebut berlangsung selama lebih 10 jam dengan pengendalian yang kasar.