Saturday, May 5, 2012

Pada 5 Mei Bulan Akan Membesar

Pada 5 Mei ini, bulan akan membesar. Jangan salah sangka, maksudnya adalah fenomena alam Supermoon. Fenomena ini terjadi kerana bulan kelihatan lebih besar daripada biasa akibat jarak semakin hampir dengan bumi.

Ahli Meteorologi Joe Rao menyatakan, pada tarikh tersebut, bulan purnama ini akan berputar mengelilingi bumi sejarak 221.802 batu (356.955 kilometer). Menurutnya, ini akan menjadikan bulan nampak terbesar sepanjang tahun, kerana orbit bulan melingkar secara tidak sempurna.