Friday, March 30, 2012

Bapa Rantai Anak Ponteng Sekolah Main Komputer Game

Terlalu marah dengan perangai anak yang ponteng sekolah, melepak pula bermain komputer game di sibercafe, seorang bapa di Kemboja, Sok Thoeun, 40 bertindak merantai anaknya pada leher dan menambatnya  ditiang elektrik. Encik Thoeun merantai anaknya  yang berumur 13 tahun itu dikhalayak umum sebagai hukuman terhadap kelakuannya yang sepatutnya berada di sekolah tetapi sebaliknya menghabiskan masa bermain komputer game. Pusat-pusat internet di negara itu menjadi tarikan para remaja mengakses internet dan bermain game kerana kemudahan internet yang amat terhad.
Hanya 1.5% daripada jumlah 14 juta penduduk di Kemboja yang memiliki kemudahan internet di rumah.