Friday, March 9, 2012

Khasiat Disebalik Warna Buah dan Sayur [Bahagian 1]

Sayur-sayuran dan buah-buahan menjadi sebahagian daripada makanan yang diperlukan tubuh setiap hari. Buah dan sayuran sangat penting bagi kesihatan kita kerana kedua-duanya adalah makanan dari alam yang kaya akan nutrien.
Untuk memaksimumkan pengambilan pelbagai khasiat dalam makanan, ada baiknya kita mengetahui manfaat buah-buahan dan sayur-sayuran dengan warna masing-masing.

Warna Hijau
Warna hijau pada buah dan sayur adalah warna berasal dari klorofil, menandakan kandungan sulfarophane, isothiocyanate dan indoles. Ketiga-tiga zat ini berfungsi untuk merangsang komponen pemecah unsur kimia penyebab kanser.