Sunday, January 29, 2012

Suplemen Menyihatkan @ Memudaratkan?

Dua faktor utama mengapa rakyat di negara ini membeli suplemen - kecantikan dan kesihatan
 
Kebanyakan daripada mereka memakan suplemen lebih menjurus untuk kecantikan berbanding untuk mengekalkan tahap kesihatan. Ada juga yang mengharapkan suplemen yang dimakan memberi kesan menakjubkan ke atas kesihatan mereka dengan mengabaikan pemakanan sihat.

"Persepsi ini sangat tidak tepat kerana seperti yang telah disebutkan awal tadi suplemen hanyalah sebagai tambahan kepada makanan dan bukannya sebagai pengganti makanan. Suplemen sekadar membantu ke arah tahap kesihatan yang lebih optimum," kata Dr Nahlah Elkudssiah Ismail, ketua penyelidik Klinikal Farmaseutik Fakultifarmasi UiTM Selangor.