Sunday, January 15, 2012

Omega 3 Penting untuk Kesihatan Sperma

Illinois - Kajian terbaru menemukan asid lemak yang ditemui pada ikan sangat penting untuk mengubah sperma dari bentuk berkepala bulat menjadi sperma perenang unggul dengan kepala berbentuk kerucut [ bulat bujur, tirus bahagian atas atau depan]. Kepala sperma juga dilengkapi dengan protein penembus sel telur. Asid lemak itu bernama Docosahexnoic, biasa disebut DHA, adalah asid lemak omega-3 yang berperanan penting dalam perkembangan mata dan otak. Penelitian telah membuktikan bahawa DHA juga mempengaruhi tingkat kesuburan lelaki. "Kandungan DHA tertinggi ada dalam testis dan otak. Tapi sampai sekarang belum diketahui dengan baik apa yang dilakukan DHA pada kedua-dua bahagian tersebut," kata Manabu Nakamura, peneliti dari University of Illinois di Urbana-Champaign.