Wednesday, January 11, 2012

Pelancong Asing Bayar Beratus Dollar Memandu ke Hutan Melihat Suku Primitif & Layanan Tidak Bertamadun

Salah satu suku kaum yang paling primitif di dunia ini dihina setiap hari oleh pelancong yang sanggup membayar dengan harga yang tinggi untuk melihat 'safari manusia' dan melayan mereka seperti haiwan di zoo.
 
Beratus-ratus kenderaan pelancong ke Kepulauan Andaman di Lautan Hindi, beratur setiap hari pada waktu subuh untuk memandu jauh melalui hutan rizab yang dikhaskan untuk suku primitif Jarawa. Mereka mahu melihat sendiri keadaan kehidupan suku primitif Jarawa di mana kaum wanitanya masih berpakaian separuh bogel. Mereka kemudiannya mencampakkan makanan kepada wanita dan gadis separuh bogel dan menyuruh mereka menari. 
Apa yang dikesalkan pelawat kerap dilihat membaling pisang dan biskut kepada suku primitif ini seperti orang yang memberi makan kepada haiwan di dalam zoo.