Tuesday, January 10, 2012

Minuman Untuk Kesihatan Jantung- Bahagian 4

Teh hijau
Seperti teh hitam, teh hijau mengandungi banyak antioksidan yang baik untuk jantung. Perbezaan utamanya adalah bahawa teh hijau tidak difermentasi. Sebuah studi tahun 2004 menunjukkan bahawa minum teh hijau dalam jumlah yang banyak dapat mencegah risiko penyakit arteri koroner. Ada banyak penelitian yang menghubungkan amalam minum teh hijau dengan kolesterol rendah, pencegahan pembekuan darah dan stroke.
Saranan: Minum 1-3 cawan teh hijau sehari.

Air
Dehidrasi [kekeringan air dalam badan] menyumbang kepada beberapa faktor risiko untuk penyakit jantung koroner, termasuk darah kental. Ketika anda sedang mengalami dehidrasi, darah akan menjadi lebih kental. Keadaan ini membuat hati anda mengeluarkan lebih banyak energi untuk mengepam darah ke seluruh tubuh. Bahkan, dehidrasi kronis dapat menyebabkan hipertensi (tekanan darah tinggi). 

Anda dinasihatkan supaya sentiasa memastikan jumlah air dalam badan mencukupi. Minumlah air dalam jumlah 8-10 gelas sehari.  Yang pasti, jangan biarkan tubuh anda sampai mengalami dehidrasi. Sebagai alternatif, anda juga boleh menambahkan jus lemon ke dalam air hangat untuk menambahkan cita rasa sekaligus memperoleh manfaat peluruhan dan antioksidan.