Sunday, January 1, 2012

Kesalahan Yang Sering Dilakukan Dalam Perawatan Rambut

Rambut merupakan mahkota wanita dan penunjang setiap penampilan. Bukan hanya perawatan yang perlu dilakukan agar rambut tetap indah. Kesalahan perawatan juga harus dihindari, agar tidak menyebabkan rambut kering.

Berikut ini kesalahan-kesalahan dalam perawatan rambut yang harus dihindari:

1. Elakkan mencuci rambut setiap hari. Rambut akan menjadi kusam kerana terlalu banyak bahan pengawet dari shampo. Hal itu juga memproses pengupasan minyak semulajadi yang melindungi rambut dari kerosakan.

Pertukaran Zon Waktu: Samoa dan Tokelau Negara Pertama Dunia Sambut Tahun Baru 2012

APIA -Sorak-sorai meledak di jalan-jalan Samoa dan Tokelau, dua negara pulau kecil di tengah Pasifik Selatan. Kedua-dua negara ini menjadi warga pertama dunia yang merayakan Tahun Baru 2012, malam sabtu.
Dua negara ini memutuskan berpindah zona waktu dari sebelumnya mengikuti zon barat Amerika Syarikat ke zon sebelah timur, mengikuti New Zealand dan Australia. Menyusul pemindahan zon waktu negara itu, mereka terpaksa menghapus satu hari dalam tahun 2011, iaitu hari Jumat 30 Disember 2011.

Perdana Menteri Samoa, Tuilaepa Sailele Malielegaoi, menyatakan langkah itu untuk memperkuat hubungan dagang dan ekonomi dengan Australia, New Zealand dan Asia. Perubahan zon waktu itu juga akan menghilangkan kebingungan yang sering terjadi baik pada orang Samoa atau pelancong yang berkunjung. [reuters]