Saturday, December 29, 2012

Hanya di Ukraine, Wanita Cantik Memilih Kerjaya Menjadi Tentera

Ukraine merupakan sebuah negara yang dikenali kerana memiliki wanita- wanita tercantik di dunia.

Angkatan bersenjata Ukraine mempunyai senjata rahsia yang mampu melucutkan senjata musuh tanpa mematahkan kuku sekalipun... hanya dengan menggunakan rupa paras yang cantik menawan.. askar-askara wanita ini dapat mematahkan serangan musuh dengan mudah.  

Askar-askar wanita Ukraine bukan saja cantik, malah mereka dibenarkan memakai alat solek agar sentiasa kelihatan cantik walaupun ketika berada dalam latihan perang mahupun di medan perang.

Thursday, December 20, 2012

Ramalan Nostradamus: Gangnam Style Picu Kiamat?

NEW YORK: Apakah hubungan antara ramalan kiamat akan berlaku esok dengan fenomena Gangnam Style milik penyanyi Korea Selatan, Psy?

Menurut ramalan kontroversi Nostradamus, jika angka klip video Gangnam Style mencecah satu bilion penonton, maka kiamat akan berlaku.

Beberapa ramalan  Nostradamus yang terkenal dan terbukti tepat ialah Revoulsi Perancis, Kebakaran di London, kematian Puteri Diana, kematian John F Kennedy dan tragedi pengeboman di Nagasaki, malah tragedi serangan 11 September di New York.

Berdasarkan turutan rekod itulah, dunia mulai cemas dengan ramalan dunia akan berakhir atau kiamat yang dijangka berlaku ketika penonton Gangnam Style di YouTube mencecah angka satu bilion.

“From the calm morning, the end will come when of the dancing horse the number of circles will be nine,” Nostradamus, 1503.

Mengapa Gangnam Style dan mengapa angka satu bilion? Berikut ialah ramalan Nostradamus mengenai akhir zaman.

Tuesday, December 18, 2012

Atasi Kuku Rapuh Dengan Bawang Putih

Dalam dunia kesihatan, bawang putih dapat membantu menurunkan risiko penyakit jantung dan penyakit-penyakit degenerative yan lain. Dalam dunia kecantikan juga bawang putih membantu antaranya untuk merawat kuku agar tetap kuat dan lentik.

Bawang putih mengandungi anti oksidan dalam jumlah yang cukup banyak. Kandungan ini sangat berguna untuk kekuatan kuku rapuh yang mudah sekali patah. Selain menguatkan, bawang putih juga mempercepat pertumbuhan kuku secara normal, memperbaiki kutikula, dan kulit kuku yang mati di sekitar kuku.

Setiap hari, cuba sapukan atau gosokkan potong bawang putih pada kuku anda. Diamkan sejenak, lalu cuci dengan sabun agar baunya hilang. Anda boleh memarutnya lalu ditempelkan pada kuku anda seperti masker selama 5 minit atau lebih adalah lebih baik, kemudian cuci bersih. [suaramerdeka]

Saturday, December 15, 2012

Kesan Jenis Penyakit Melalui Ciri Khas Bau Kentut?

Beijing - Pernah terbayang di benak anda untuk bekerja sebagai pencium bau kentut? Beberapa orang Cina yang berlatih pengubatan alternatif rupa-rupanyanya percaya bahawa setiap orang yang sedang bermasalah dengan perut, memiliki bau kentut tertentu seperti pahit, enak, manis, dan hamis.

Ciri khas bau ini dapat digunakan untuk mengesan penyakit oleh ahli yang terlatih dengan deria baunya yang tajam. Bau seperti daging busuk, misalnya, boleh ditafsirkan sebagai indikasi pendarahan usus atau tumor.

Friday, December 14, 2012

Betulke Ni... Malaysia Is World Champion In Corruption

Hmmm... sukar untuk menerima kenyataan akhbar ni... Malaysia tercatat dalam senarai negara mengamalkan rasuah teratas di dunia, 50%, dalam urusan perniagaan bagi tahun 2012, diikuti Mexico 48% oleh Pemantau Rasuah Global.  

Jepun pula merupakan negara  paling sedikit dalam mengamalkan rasuah iaitu 2% diikuti negara Singapura sekitar 9%.  Kalau betul fakta ni... kita sebagai rakyat Malaysia sesungguhnya rasa malu teramat.

Maklumat lanjut anda bacalah di sini..hindustantimes.com

Tuesday, December 11, 2012

Mahatma Ghandi Hidup Kembali

Seorang lelaki India, Mahesh Chaturvedi, telah mengubah dirinya menjadi Gandhi moden. 

Mahesh Chaturvedi, 63, berkata jiwa Mahatma Gandhi (dikenali sebagai Gandhi) telah meresap ke dalam tubuhnya dan mendakwa bahawa dia telah dipertanggunjawabkan untuk meneruskan kerja-kerja pemimpin terkenal yang meninggal dunia pada tahun 1948.
Mahesh Chaturvedi, 63, preparing a meal at his residence in the outskirts of New Delhi.

Friday, December 7, 2012

Gelaran "Harimau Malaya" Asalnya Diberikan Oleh Mantan Presiden Indonesia, Bung Karno?

Tahukah anda bahawa nama julukan Timnas Malaysia yaitu Harimau Malaya telah diberikan oleh Presiden Soekarno sendiri?

Jolokan Harimau Malaya awalnya adalah gelaran seorang pemain Timnas Malaya sekitar tahun 1940an bernama Dollah Don. Dollah Don bermain di posisi penyerang (striker). Nama sebenar beliau ialah Abdullah bin Mohd Don, dilahirkan pada 23 Mac 1923 di Stulang Laut, Johor. Dollah Don mendapat pendidikan awal di SD Ngee Heeng dan berikutnya di SD Bukit Zaharah dari darjah 2 sampai 4, kemudian melanjutkan pelajarannya di English College. Semenjak dari zaman sekolah, Dollah Don sudah dikenali sebagai atlet yang aktif.

Tuesday, December 4, 2012

Bener Pak ... Ini Rimau Peliharaan Saya

Keakraban serta kasih sayang antara manusia dan haiwan liar ini terjalin erat.  Harimau   bengal betina berusia 4 tahun dengan berat 172 kg menjadi haiwan kesayangan Nor Mohammad Sholeh,31, yang tinggal di Malang Indonesia.

Encik Mohammad telah memelihara harimau ini sejak berusia  3 bulan lagi. Hampir seharian dua pasangan berlainan spesies ini sering menghabiskan masa bersama walaupun risiko kecederaan kemungkinan ada.

Saturday, December 1, 2012

Ayuh, Sebat Sampai Ribut...Ritual Mohon Hujan Turun

Upacara kuno oleh penduduk kampung yang begitu terdesak pada musim kemarau  terpaksa mereka lakukan di mana mereka menyerang antara satu sama lain dengan cambuk daripada rusuk gula daun kelapa sawit  dipercayai dapat mempengaruhi cuaca agar hujan turun. Upacara ini dilakukan dengan hati terbuka, tidak meyimpan dendam antara satu sama lain, malah mereka melakukannya dengan tarian dan ketawa riang.

Upacara dikenali sebagaiujungan’ telah diguna pakai oleh banyak kawasan di Indonesia, termasuk bandar Kediri, di mana gambar-gambar ini telah diambil.
Orang ramai begitu teruja menyaksikan para peserta masing-masing melepaskan lima sebatan menyengat tetapi harus mematuhi peraturan mengelakkan bahagian bawah perut dan kawasan leher. Setiap pertarungan hanya dalam tempoh 30 saat saja.