Monday, November 12, 2012

Persembahan Bunga Api Bernilai RM55 Juta... Celah Kuku Saja

Umpama kat celah kuku je...begitulah nilai UK£10 juta atau bersamaan dengan RM55 juta bagi sebuah negara kaya seperti Kuwait.

Semalam, 11 Nov 2012, Negara kaya Teluk, Kuwait menyambut perayaan ulang tahun jubli emas  ke-50 sebagai negara demokrasi berpelembagaan dengan persembahan bunga api paling besar dalam sejarah dunia selama 1 jam dan telah tercatat dalam Guinness Book of Record. Letusan bunga api yang berjumlah 77 282 unit selama 1 jam menerangi bandar Kuwait disaksikan oleh puluhan ribu rakyatnya serta tetamu.
Bagi negara miskin seperti di benua Afrika, RM55 juta boleh digunakan untuk mengatasi masalah kebuluran rakyatnya daripada mati kelaparan. Lihat foto dan video menarik...

Bagi negara miskin seperti di benua Afrika, RM55 juta boleh digunakan untuk mengatasi masalah kebuluran rakyatnya daripada mati kelaparan.

8 comments:

Anonymous said...

wow mmg hebat... bako duit tu bang hehe...

kampong lad said...

amalan syaitan.

OdahOne OdahOneBizz said...

terbako hati org2 kat benua afrika bila tgk duit RM55 juta terbako camtu jek...kan bagus kalo bunga api tu ditukarkan jadi makanan..hoho

cikgu pencen said...

tunggu saje bila semua telaga minyak dah kering.

Sekarang negara pengeluar kereta bermotor sudah mula menghasilkan engine berkuasa letrik - penggunaa petrol pasti berkurangan yang akan mengikabkan harga minyak merundum jatuh

Rozita said...

bukan benua afrika je yang terkilan..saya yang banyak berhutang ni pun rasa amat terkilan..

fadzli Amir said...

Salam Bro...tu la Bro...kalu semua arab yg kaya2 tu bersatu, takdak negara islam yg miskin dah....

akuanakpahang said...

Adus... mudahnya membakor duit :(

Ku Syida said...

Isk, baiknya diorang sedekahkan kat negara2 miskin...