Wednesday, November 14, 2012

Nampak Macam 'Real'... Sebenarnya Lukisan!

Nampak macam gambar yang dirakam menggunakan kamera canggih... tetapi sebenarnya ia adalah hasil seni lukisan catan minyak oleh artis Belanda, Tjalf Spaarnay, 58 tahun.  Beliau suka melukis objek-objek makanan yang nampak lazat dan menyelerakan.

Apa yang anehnya, bagaimana beliau mendapat ilham atau inspirasi melukis karya catan makanan lazat yang hebat ini adalah ketika beliau berada di dalam bilik mandi dalam keadaan berbogel sambil mandi dengan pancuran air untuk beberapa jam lamanya. 

Untuk mendapatkan lukisan yang benar-benar nampak 'real' dan menakjubkan itu,  beliau menghabiskan masa selama 25 tahun melukis, barulah lukisannya kini nampak sempurna.  Harganya? Setiap satu bernilai £36,000 [45000 Euro]..  Hmm... hasilnya memang menakjubkan. Lihat lukisan seterusnya...
 
Tjalf Spaarnay sedang berkarya [the sun]

2 comments:

Anonymous said...

Sebijik mcm gmbar kamera ... hebat

Ku Syida said...

Gila realll... Ohsemmm!