Subscribe Us

Kanak-Kanak Sekolah Bersabung Nyawa Merentas Kabel Jambatan Gantung Yang Roboh


Kasihan... Sekumpulan kanak-kanak sekolah yang kuat semangat saja sanggup mengharungi kesukaran yang teramat untuk ke sekolah menimba ilmu. Kira-kira 20 orang pelajar sekolah yang tinggal di Kampung Busuk Batu, Pulau Sumatera terpaksa bersabung nyawa  meniti dan bergayut pada kabel jambatan gantung yang telah roboh akibat banjir besar dua tahun yang lalu.  Kabel setinggi 30 kaki di atas sungai yang airnya mengalir deras menjadi laluan kanak-kanak ini kerana tiada jalan alternatif ke sekolah.  Kemudian mereka meneruskan perjalanan sejauh 7 kilometer menuju ke sekolah yang terletak di Bandar Padang.


Jika hujan lebat, paras air sungai meningkat ke paras bahaya, mereka hanya menghabiskan masa persekolahan di rumah. 


Lihat foto-foto di bawah, semoga ia dapat memberikan kita satu keinsafan betapa bersyukurnya kita dengan nikmat kemudahan dan kemewahan yang dikecapi...


[dailymail.co.uk]

Catat Ulasan

5 Ulasan

Aku Anak Pahang berkata…
Salam, semoga menjadi itibar juga buat anak-anak kita bertapa mereka begitu selesa pergi kesekolah, jika dibandingkan dgn mereka ini.
Nur Afrina berkata…
Alhamdulillah,sebab kita kat sini cukup dengan segalanya. Semoga lebih bersemangat nak tuntut ilmu lagi ! :D
thomas berkata…
Keperitan dlm mengejar ilmu,
kita di sini segala ada tapi masih tak nak belajar.
3no gr33ny berkata…
dah la jambatan sebegitu..ada pulak kabel elektrik tu..sangat bahaya
wisata bakti alam berkata…
kunjungan gan,bagi - bagi motivasi
Hal mudah akan terasa sulit jika yg pertama dipikirkan adalah kata SULIT. Yakinlah bahwa kita memiliki kemampuan dan kekuatan.
ditunggu kunjungan baliknya yaa :)