Friday, November 16, 2012

Gadis 14 Tahun Tampar & Tendang Bapanya Sendiri

Hmmm... lagi kisah yang menyedihkan.  Sebuah video yang dimuat naik menunjukkan seorang gadis, Xiaojin, berusia 14 tahun melepaskan perasaan marah dan geramnya  bertindak melampaui batas... dengan menampar beberapa kali sebelum menumbuk dan menendang bapa kandungnya sendiri berulang-kali.

Peristiwa ini berlaku di Nanjing dan menjadi topik hangat dan kemarahan warga Cina.  Apa yang menjadi persoalan dan mengejutkan ialah mengapa bapanya membiarkan saja anaknya bertindak demikian, malah menerima pukulan dalam keadaan yang tenang dan tidak menunjukkan sebarang kemarahan terhadapap perbuatan anaknya yang melampau serta kata-kata kesat yang dilemparkan kepadanya.  Pada satu ketika bapanya berkata meminta anaknya terus memukulnya...[Lihat video]


Menurut laporan media, Xiaojin sebenarnya lari meninggalkan rumah untuk bekerja di sebuah hotel dan dipercayai bergaul dengan kumpulan tidak baik.  Dia telah dipaksa oleh bapanya kembali ke rumah dengan bantuan polis dan membawa krew media berita. Bapanya bimbang akan keselamatan anaknya yang bekerja dengan syarikat yang diragui selain pergaulannya dengan kumpulan budak-budak nakal.

Latar kehidupan Xiaojin adalah dari keluarga bermasalah dimana kedua-dua orang tuanya telah bercerai semasa dia masih kecil dan akibatnya dia tinggal dan dibesarkan oleh datuk dan neneknya.
Baru-baru ini dia terpaksa berpindah ke rumah bapanya setelah bapanya memenangi hak penjagaan anak.  Namun Xiaojin tidak menyukai kehidupan baru bersama bapanya dan mendakwa dia selalu di pukul dan dimarahi bapanya ketika mabuk. [asiaone.com]

Salah siapa ye... mak dan bapaknya pun bersalah juga kerana mengabaikan anaknya. Apa pula peranan datuk dan neneknya...kita percaya mereka tentu mengasuh cucunya dengan nilai-nilai moral dan budaya menghormati keluarga.  Yang pastinya gadis ini amat membenci orang tuanya kerana kisah silam...selain pengaruh negatif rakan sebaya serta kumpulan samseng yang disertainya...

4 comments:

Anonymous said...

nak jadi bapak atau mak biarlah berperanan seperti bapak dan mak yg sebenarnya... jgn cuma pandai kawen n buat anak je...Ilmu agama & kekeluargaan perlu ada. ni kalau dah mak bapak bermasalah,sudahnya anak pun terkesan jgk & jadi mangsa keadaan.

Mazru Majid said...

Begitulh kasih bapa...balik ke rumoh nt siap lah tu..

3no gr33ny said...

itulah kan..nak mendidik kena dari rebungnya

Badren Awang said...

nasib seseorang....