Tuesday, November 27, 2012

Syiah Oh Syiah... Upacara Berdarah & Menyeksa Diri Sambut Hari Asyura

Upacara mengerikan, menyeksa diri dengan memukul atau mencederakan diri dengan senjata tajam sehingga darah  mengalir membasahi tubuh.  Begitulah upacara yang sering dilakukan oleh umat Islam berfahaman Syiah di beberapa buah negara dunia sempena menyambut Hari Asura, mengingati peristiwa pembunuhan Saidina Hussein, cucu nabi Muhammad saw.  [Paparan imej yang tertera ini adalah rakaman di beberapa buah masjid di India dan beberapa buah negara lain.]
 The bloody floor of a mosque in New Delhi, India, as Shiite Muslims flagellate themselves today during a Muharram procession marking Ashura which mourns the killing of the prophet Mohammad's grandson

Sunday, November 25, 2012

Hanya di India: Ahli Perniagaan Memuja Gadget Pintar Percaya Membawa Tuah

Amalan pemujaan yang dilakukan oleh ahli perniagaan di India memang aneh dan pelik.  Baru-baru ini semasa perayaan diwali atau pesta cahaya, mereka melakukan upacara penyembahan atau pemujaan ke atas alat elektronik pintar seperti laptop, telefon pintar dan ipad dengan harapan ia akan membawa tuah atau nasib baik dalam urusan perniagaan mereka.  

Pemujaan ini menandakan era pemodenan ahli perniagaan India yang lebih mempercayai bahawa tuah berada pada peralatan canggih dan pintar.

Yang anehnya lagi, Pemujaan tersebut mendapat restu daripada sami Hindu dengan menandakan dahi para ahli perniagaan yang melakukan penyembahan peralatan elektronik canggih itu.

Saturday, November 24, 2012

Bina Bangunan Tertinggi di Dunia Hanya Dalam Tempoh 3 Bulan?

Sebuah syarikat perusahaan pembinaan Cina, berencana untuk membangun gedung pencakar langit tertinggi di dunia hanya dalam waktu tiga bulan. Gedung itu, Sky City, akan dibangunkan di Changsha, Tenggara Cina. Bangunan dengan 220 lantai itu akan memiliki ketinggian 2749 kaki (838 meter).

Yang paling menarik tentang Sky City adalah bahawa perekanya, Broad Group yang berpusat di Cina, merancang untuk menyiapkan bangunan itu hanya dalam tempoh 90 hari sahaja. Ini bermakna mereka harus menyiapkan sekurang-kurangnya lima tingkat berdiri setiap hari. Ia menggunakan metode revolusioner di mana blok dibangun di luar lokasi dan dipasang bersamaan untuk menjimatkan waktu.
 

Thursday, November 22, 2012

Inilah Presiden Termiskin di Dunia

Sebahagian besar pemimpin negara di seluruh dunia, memiliki gaya hidup yang berbeza dengan rakyatnya. Namun, semua hal itu tidak berlaku bagi Presiden Uruguay, Jose Mujica. Sejak dilantik menjadi presiden pada 2010 lalu, presiden yang berusia 77 tahun ini layak mendapat gelaran presiden termiskin di dunia.

Lelaki bernama José Alberto Mujica Cordano ini mendermakan 90 persen gajinya setiap bulan, iaitu 12 000 dollar AS untuk berbagai kegiatan amal. Bukan itu saja, beliau yang  dipanggil 'Pepe' oleh kawan-kawannya ini juga menolak tinggal di kediaman rasmi presiden di ibu kota, Montevideo. Mujica lebih suka memilih untuk tinggal di tanah pertanian di luar ibu kota. Bahkan, jalan menuju kediaman Mujica belum dilapisi tar.

Wednesday, November 21, 2012

Kebetulan Atau Terancang? Setiap Kali Obama Menang Pilihanraya Presiden, Israel Serang Gaza

Kali pertama Barack Obama terpilih menjadi Presiden Amerika ialah pada Disember 2008 lalu. Bersamaan dengan persiapan pelantikan itu, tentera Israel sibuk dengan pencerobohannya ke atas Palestin. Mereka menyerbu Gaza dari wilayah darat.

"Akibatnya, tidak kurang dari 14 ribu warga Palestina tewas," laporan berita The National, Selasa, 20 November 2012.

Kini empat tahun telah berlalu sejak serangan berdarah itu. Sekali lagi, Obama memenangi pemilihan umum.  Di Timur Tengah, tiba-tiba Israel kembali berseteru dengan Palestin. Sehingga kini, lebih dari 100 orang tewas dalam serangan itu. "Semua ini seperti de javu, sesuatu yang pernah terjadi dan berulang lagi," tulis The National. 

Monday, November 19, 2012

Samsung Galaxy 4 Lebih Besar & Full HD Super Amoled

Rumor spesifikasi smartphone Samsung Galaxy S4 mula diperbincangkan. Samsung Galaxy S4 diberitakan akan memiliki layar yang lebih tajam dan lebih besar.

Beberapa sumber menyebutkan Galaxy S4 akan dilengkapi teknologi layar HD Super AMOLED beresolusi 1920 x 1080 pixel, dengan ukuran layar lebih besar iaitu 5 inci. Resolusi layar 1920 x 1080 pixel tersebut disebut-sebut akan memiliki kehalusan 441 pixel per inci (ppi), gambar yang dihasilkan akan lebih tajam.

Display yang ditawarkan Samsung Galaxy S4 akan lebih baik daripada display Retina Display yang ditawarkan iPhone 5. Sebagai perbandingan, iPhone 5 sendiri mempunyai resolusi layar 1136 x 640 pixel dengan kehalusan pixel 326 pixel per inci (ppi).

Friday, November 16, 2012

Gadis 14 Tahun Tampar & Tendang Bapanya Sendiri

Hmmm... lagi kisah yang menyedihkan.  Sebuah video yang dimuat naik menunjukkan seorang gadis, Xiaojin, berusia 14 tahun melepaskan perasaan marah dan geramnya  bertindak melampaui batas... dengan menampar beberapa kali sebelum menumbuk dan menendang bapa kandungnya sendiri berulang-kali.

Peristiwa ini berlaku di Nanjing dan menjadi topik hangat dan kemarahan warga Cina.  Apa yang menjadi persoalan dan mengejutkan ialah mengapa bapanya membiarkan saja anaknya bertindak demikian, malah menerima pukulan dalam keadaan yang tenang dan tidak menunjukkan sebarang kemarahan terhadapap perbuatan anaknya yang melampau serta kata-kata kesat yang dilemparkan kepadanya.  Pada satu ketika bapanya berkata meminta anaknya terus memukulnya...[Lihat video]

Thursday, November 15, 2012

Jutawan John McAfee, Pencipta Perisian Anti Virus Internet Security Disyaki Melakukan Pembunuhan

Inilah wajah sebenar jutawan John McAfee, 66 tahun, [gambar atas] pereka atau pencipta software antivirus McAfee yang hebat.  Umum mengetahui,  McAfee  Internet Security adalah antara software anti virus terkemuka dunia dan jutaan pengguna komputer seluruh dunia menggunakan antivirus ini kerana keberkesanannya melindungi komputer mereka daripada serangan virus internet.

Namun tragedi malang menimpanya apabila disyaki sebagai suspek utama dalam kes pembunuhan seorang jurubina tempatan yang telah ditembak mati pada hari Sabtu di rumahnya di Bandar San Pedro di pulau Ambergris Caye.

Wednesday, November 14, 2012

Nampak Macam 'Real'... Sebenarnya Lukisan!

Nampak macam gambar yang dirakam menggunakan kamera canggih... tetapi sebenarnya ia adalah hasil seni lukisan catan minyak oleh artis Belanda, Tjalf Spaarnay, 58 tahun.  Beliau suka melukis objek-objek makanan yang nampak lazat dan menyelerakan.

Apa yang anehnya, bagaimana beliau mendapat ilham atau inspirasi melukis karya catan makanan lazat yang hebat ini adalah ketika beliau berada di dalam bilik mandi dalam keadaan berbogel sambil mandi dengan pancuran air untuk beberapa jam lamanya. 

Untuk mendapatkan lukisan yang benar-benar nampak 'real' dan menakjubkan itu,  beliau menghabiskan masa selama 25 tahun melukis, barulah lukisannya kini nampak sempurna.  Harganya? Setiap satu bernilai £36,000 [45000 Euro]..  Hmm... hasilnya memang menakjubkan. Lihat lukisan seterusnya...

Monday, November 12, 2012

Persembahan Bunga Api Bernilai RM55 Juta... Celah Kuku Saja

Umpama kat celah kuku je...begitulah nilai UK£10 juta atau bersamaan dengan RM55 juta bagi sebuah negara kaya seperti Kuwait.

Semalam, 11 Nov 2012, Negara kaya Teluk, Kuwait menyambut perayaan ulang tahun jubli emas  ke-50 sebagai negara demokrasi berpelembagaan dengan persembahan bunga api paling besar dalam sejarah dunia selama 1 jam dan telah tercatat dalam Guinness Book of Record. Letusan bunga api yang berjumlah 77 282 unit selama 1 jam menerangi bandar Kuwait disaksikan oleh puluhan ribu rakyatnya serta tetamu.
Bagi negara miskin seperti di benua Afrika, RM55 juta boleh digunakan untuk mengatasi masalah kebuluran rakyatnya daripada mati kelaparan. Lihat foto dan video menarik...

Saturday, November 10, 2012

Berani Mati, Penyelam Rakam Gambar Giant Anakonda Dari Jarak Amat Dekat

Penyelam berani mati dari Swiss, Franco Banfi, 53, hanya dengan berbekalkan kamera menunggu selama 10 hari di sungai Mato Grosso, Brazil untuk merakam secara lebih dekat dalam misi mengenali habitat kehidupan semula jadi spesies ular terbesar di dunia, anakonda yang mendiami dasar sungai yang sebagai tempat tinggalnya .  Anakonda sepanjang 8 meter [26 kaki] adalah antara yang berjaya dirakam sedang berehat kekenyangan di tebing sungai dalam jarak yang sangat hampir dan boleh menyentuhnya jika mahu. 

"Pada peringkat awal misi, ia adalah amat menakutkan kerana umum mengetahui ia haiwan yang berbahaya,  Namun jika anda tahu menghormati privasi ular ini maka ia tidak akan membahayakan," kata Franco.

Thursday, November 8, 2012

Kanak-Kanak Sekolah Bersabung Nyawa Merentas Kabel Jambatan Gantung Yang Roboh

Kasihan... Sekumpulan kanak-kanak sekolah yang kuat semangat saja sanggup mengharungi kesukaran yang teramat untuk ke sekolah menimba ilmu. Kira-kira 20 orang pelajar sekolah yang tinggal di Kampung Busuk Batu, Pulau Sumatera terpaksa bersabung nyawa  meniti dan bergayut pada kabel jambatan gantung yang telah roboh akibat banjir besar dua tahun yang lalu.  Kabel setinggi 30 kaki di atas sungai yang airnya mengalir deras menjadi laluan kanak-kanak ini kerana tiada jalan alternatif ke sekolah.  Kemudian mereka meneruskan perjalanan sejauh 7 kilometer menuju ke sekolah yang terletak di Bandar Padang.

Jika hujan lebat, paras air sungai meningkat ke paras bahaya, mereka hanya menghabiskan masa persekolahan di rumah. 

Lihat foto-foto di bawah, semoga ia dapat memberikan kita satu keinsafan betapa bersyukurnya kita dengan nikmat kemudahan dan kemewahan yang dikecapi...

Tuesday, November 6, 2012

Berusia Tetapi Masih Kelihatan Muda, Sudah Punya anak Dara & Teruna

Sukar untuk mempercayai sesetengah wanita yang masih kelihatan muda dan seksi seperti remaja berusia 20an,  tetapi mereka sebenarnya sudah berusia 40-an atau 50-an dan mempunyai anak dara atau teruna berumur 20 tahun.
Petua yang mereka amalkan ialah mejaga diet dan menjalankan senaman yang betul untuk melambatkan proses penuaan. Berikut beberapa orang wanita berumur tetapi masih cantik dan seksi;

Sunday, November 4, 2012

Kuala Lumpur Kedua Terbaik Pusat Membeli-Belah Bandar Raya Rantau Asia Pasifik

Hebat juga Kuala Lumpur.  Laporan kaji selidik yang dilakukan oleh 'The Globe Shopper Index, compiled by the London-based Economist Intelligence Unit' Kuala Lumpur berada di tempat kedua di bawah Hong Kong, mengatasi Shanghai, Bejing dan singapura dalam kedudukan keseluruhan sebagai bandar membeli-belah berdasarkan beberapa kriteria dari harga barangan yang rendah, produk yang baik, jumlah pusat membeli-belah yang besar termasuk 3 dari 10 buah pasar-raya terbesar Asia Pasifik terletak di Kuala Lumpur.

Kajian adalah berdasarkan kemudahan hotel dan pengangkutan, kebudayaan dan iklim, pusat beli-belah dan keupayaan. 

Berikut data kedudukan banda-bandar di Asia Pasifik sebagai pusat membeli-belah utama mengikut kriteria:

Saturday, November 3, 2012

Info Ladies: Perkhidmatan Internet Penduduk Kampung

Pelbagai cara atau kaedah dilakukan untuk memberikan perkhidmatan dan pendedahan terbaik kepada penduduk-penduduk luar bandar terutamanya yang tidak berpeluang langsung menikmati kemudahan teknologi IT.  Info Ladies atau wanita bermaklumat telah diwujudkan di negara Bangladesh bergerak ke ceruk kampung dengan berbasikal.  Mereka merupakan pelajar lepasan IPT dari kelas pertengahan dilatih oleh sebuah syarikat yang dilantik oleh kerajaan khusus untuk memberikan perkhidmatan kemudahan internet, dan kelengkapan komputer.

Friday, November 2, 2012

Serangan Stroke Masih Boleh Diselamatkan Dalam 3 Jam

Gejala stroke biasanya meninggalkan kecacatan kekal dan meninggal dunia. Namun dengan bertindak cepat dalam waktu tiga jam setelah terkena gejalanya, anda masih dapat menyelamatkan nyawa mangsa termasuk mencegah kerosakan otak.

Efek stroke boleh menyebabkan kerosakan otak yang bermanifestasi kepada kelemahan dan kelumpuhan, gangguan sensorik, sakit bisa-bisa seperti ditusuk-tusuk jarum, masalah pertuturan dan memori serta gangguan emosional.

"Banyak orang yang percaya, stroke hanya menyerang orang yang sudah berumur, namun faktanya ia juga dialami orang yang masih muda, termasuk kanak-kanak," kata CEO Yayasan Jantung dan Stroke Afrika Selatan, Vas Mungal-Sigh seperti dikutip laman Health24.

Anda dan orang yang anda cintai tidak perlu menderita cacat kekal jika anda bertindak cepat dengan memerhati dan mengenal pasti keadaan-keadaan seperti berikut:

Thursday, November 1, 2012

Manohara Suka Dugem dan Minum Alkohol?

Ternyata bagi Manohara Pinot, dunia gemerlap alias dugem adalah hal yang dia pilih saat kepenatan sudah menghampirinya. Bahkan Mano, begitu dia disapa, tak menutup mata jika ditawari alkohol di tempat tersebut.
Meski suka minum alkohol, namun dia mengaku tak sampai mabuk. "Kalau ke sana paling minum. Alkohol iya, keluargaku juga biasa seperti itu," ungkap Manohara saat ditemui di Jakarta.

"Karena papa aku kan kerja di pabrik wine. Tapi nggak sampai mabuk kok," imbuhnya.
Menurut model yang pernah menikah dengan pangeran Malaysia itu, dugem di klub tidak selalu berkaitan dengan hal negatif. Baginya pergaulan itu penting, dan pandai memilih teman yang tepat jadi resepnya dalam bergaul saat ini. 
"Aku rasa ke klub malam enggak negatif juga ya. Kadang ada yang cuma have fun, datang ketawa-tawa bersama teman. Apalagi aku masih muda, aku rasa itu hal yang normallah," ujarnya.

Meski suka dengan alkohol, tapi dia menegaskan tidak pernah menyentuh narkoba. "Aku tidak munafik kalau aku suka having fun. Tapi kalau narkoba nggak. Karena aku juga sempat jadi Duta Anti Narkoba." [suaramerdeka.com]