Tuesday, October 9, 2012

Simpati dan Naluri Ibu Ratu Rimba Terhadap Si kecil Antelop Selepas Membaham Ibunya

Peristiwa yang amat menyentuh perasaan telah dirakam oleh Jurugambar Adri De Visser, 50 di 'Queen Elizabeth National Park Uganda'. Gambar-gambar yang dirakam menunjukkan bagaimana seekor singa betina yang begitu ganas dan bengis  masih mempunyai rasa belas dan bersalah terhadap seekor anak antelop yang masih kecil  setelah membunuh ibu antelop sebagai mangsa habuan.  

Selepas selesai memburu, tiba-tiba muncul anak kecil antelop dalam keadaan ketakutan menghampirinya, dan secara spontan naluri ibu menguasai singa betina lalu terus melutut tak berdaya melihat kedaifan anak antelop tersebut.
Dengan perasaan penuh kasih sayang singa tersebut menyentuh anak antelop dengan tangannya dan bertindak melindunginya.
Hampir 45 minit singa itu dalam keadaan kebingungan. Akhirnya pegawai renjer membunyikan enjin motorsikal kuat-kuat untuk mengalih perhatian singa.

Sekali lagi lagi naluri ibu singa betina terangsang lalu bertindak menggonggong anak antelop bagai anaknya sendiri membawa lari ke tempat lebih jauh dan selamat.
Menurut maklumat daripada sekumpulan pelancong anak antelop didapati masih hidup dan selamat.
Stunning scene: Photographer Adri De Visser captured the heart-stopping episode at Queen Elizabeth National Park, Uganda. [dailymail.co.uk]

3 comments:

Anonymous said...

hukum alam rimba..yg kuat mengatasi yg lemah, jarang berlaku kejadian seperti ini ... pedoman buat manusia spt kita..insaflah

Anonymous said...

Subhanallah. Maha besarnya pengajaran untuk manusia,dunia akhir zaman banyak perkara pelik yg berlaku.ambil iktibar dari kisah ini.haiwan berlainan fitrahpun ada naluri kasih sayang tapi ramai dr kalangan generasi kini yg tergamak buang anak sendiri...

Mohd Sabri said...

Maha Suci Allah itulah hukum kejadian punyai sifat dan naluri, Subahanallah suatu pedoman yg patut kita fahami, sekejam2 haiwan masih ada lagi naluri kasih sayang, tapi bagaimana dgn dengan "Insan" atau manusia yg mmg sanggup membunuh bayi sendiri dan membuang bayinya, tiada belas kasihan kah di dalam diri mereka...