Monday, October 15, 2012

Felix Catat Rekod Terjun Bebas Dari Stratosfera, Ketinggian 24.5 Batu Bergerak Mengatasi Kelajuan Bunyi

Penerjun Austria, Felix Baumgartner, 43 tahun  mencatat rekod terjun bebas dari kapsul pada ketinggian 38400 meter [24.5 batu] dari atas bumi di kawasan Stratosfera.  Felix menjadi penerjun bebas pertama yang bergerak pantas sehingga 834 batu sejam, mengatasi kelajuan bunyi [1.24 mach]. 

Bekas anggota tentera pasukan payung terjun yang berusia 43 tahun itu mengangkat tangan tanda kemenangan, melakukan penerjunan bebas di angkasa selama 5 minit di atas wilayah Roswell, New Mexico, AS, dan kemudiannya mengembangkan payung terjunnya lalu mendarat di kawasan gurun bahagian timur New Mexico. Lihat video di bawah ...


Felix diterbangkan dalam kapsul bertekanan tinggi dengan sebuah belon helium sangat tipis 55 lapis selama lebih dari 2 jam menuju ke stratosfera, iaitu garis sempadan hampir tiada oksigen.
Setelah mencapai ketinggian lebih 128 000 kaki beliau terjun ke ruang yang hampir tanpa oksigen untuk memulai penerjunan bebas terpantas dan terjauh dari belon pada posisi paling tinggi yang pernah ada. 

Baumgartner, yang telah mempersiapkan penerjunan itu selama lima tahun, membuat dua percubaan dari wilayah Roswell, satu pada Mach dan satu lagi pada Julai lalu.  

3 comments:

fandyz said...

Ade ke orang Malaysia nak wat camni? orang muo ke he.. :)

Syarih said...

kagum dengan orang nih...sanggup terjun dari tempat paling tinggi...

Yas y said...

Memang dasat laaa....risiko tinggi jugak nih...manusia...klau nk buat mende2 pelik tu mmg sanggup smpai gadai nyawa.