Subscribe Us

Bola Berapi : Permainan Ekstrem Pelajar Madrasah Menguji Kekuatan Rohani dan Psikologi


Permainan bola berapi bertujuan  untuk menguji ketahanan dan kekuatan psikologi dan rohani oleh pelajar-pelajar  beberapa Madrasah di  Jawa Timur, Indonesia begitu mencabar sekali. 


Setiap  pemain perlu bersedia untuk menghadapi  perlawanan bola sepak berapi dengan melakukan amalan dan pembelajaran seperti berpuasa selama 21 hari  serta mengamalkan  doa -doa tertentu  untuk 'menjinakkan api'.


Permainan selama 60 minit yang sukar  di atas padang berkeluasan 25 x 25 meter, dengan kaki tanpa kasut pastinya terdedah dengan kemungkinan kecederaan akibat menyepak bola kelapa yang terbakar yang telah direndam di dalam minyak tanah selama dua hari[Lihat foto dan video permainan menarik di bawah]

 
Buah kelapa direndam dengan minyak tanah selama 2 hari

Kelapa yang telah terendam dengan minyak tanah sedia untuk digunakan dalam perlawanan.


Perlawanan yang berlangsung selama 60 minit memerlukan empat biji kelapa berapi sehingga permainan tamat.  Setiap pasukan yang terdiri daripada lima orang pemain ini ada kaitannya dengan permainan tradisi pencak silat, seni mempertahankan diri tradisional Indonesia.



Penganjur pertandingan,  Ali Akhyar berkata, “ Kami membuat bola api untuk menguji keberanian pelajar.  Tujuan upacara pra-perlawanan  dan perlawanan itu sendiri adalah untuk memberi pemain kekuatan psikologi dan kekuatan rohani  memastikan mereka tahan haba di mana api tidak membakar kulit mereka.[dailymail.co.uk]


Catat Ulasan

7 Ulasan

Tanpa Nama berkata…
kelapa tu dahle berat berapi lagi... bukan calang2 org nak menyepaknya... boleh bengkak kaki... Allah Maha berkuasa & Maha Pengasih kpd hamba2nya yg beriman
Khalilah berkata…
Tengok pada aktiviti mainan semacam ni seolah-olah nak menunjukkan kekuatan dan kekebalan masing-masing. wallahua'lam. Mungkin juga sebab lebih sukakan cabaran...:)
Kamsiah yusoff berkata…
ngerinya tgk...yg pakai kain pelikat tu..mau terbakar kain tu kang..naya..:)
Seri Bahasa berkata…
tu ilmu kebal...dulu boleh...skrng guna bom boleh tahan ke...
caliph shuriken berkata…
pnah tgk permainan cmni dulu...
Yaya Mohd berkata…
bukn senang ni..
kne psiapkan dri fizikl n mental..
lebih2 lgi ianya mguji rohani..
Nor Zilla Sensei berkata…
semangat wajanye diorang. nak jugak amalkan doa2 yang bole bg pendinding ni