Tuesday, October 30, 2012

Windows 8 Yang Sedang Meletup : Kelebihan Dan Kekurangannya

Windows 8 secara rasmi telah dilancarkan pada 26 Oktober 2012. Sistem operasi milik Microsoft ini hadir dalam tiga versi, iaitu Windows 8, Windows 8 Pro, dan Windows 8 RT.

Microsoft menjamin para pengguna Windows 8 akan merasakan pengalaman yang sama bagi pengguna desktop, tablet, maupun smartphone. Dengan kata lain, walaupun menggunakan komputer meja atau riba, anda akan merasakan seolah-olah sedang menggunakan sebuah tablet ataupun telefon pintar. 

Dengan sistem operasi ini, konsumer boleh berinteraksi sama ada menggunakan jarinya sendiri, mouse (tetikus) ataupun pen yang memudahkan mereka untuk bekerja dan bermain.

Namun seperti yang disalin dari
Times of India, ada beberapa kelebihan dan kekurangan Windows 8. Berikut penjelasannya;

Sunday, October 28, 2012

Permainan Dulu-Dulu Yang Amat Menyeronokkan...Harus Anda Lihat

Guli, Batu Seremban, Ketingting, Gasing, Congkak, Bola Tin, Osom, Main Sorok-Sorok dan banyak lagi jenis permainan kanak-kanak zaman dulu yang sebenarnya bukan saja begitu menyeronokan, malah ia dapat merangsang minda dan kecergasan berbanding parmainan era IT sekarang yang sesetengahnya boleh memudaratkan malah menyebabkan kematian.

Mungkin ramai generasi masa kini yang tidak mengenali permainan zaman kanak-kanak ayah dan ibu atau tok nenek mereka. Berikut foto-foto yang rasanya dapat membantu kita untuk mengenang kembali permainan tradisional warisan yang bukan saja dimainkan oleh sesuatu kaum saja, malah ia dimainkan oleh semua kaum di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei. Lihat foto-foto menarik...

Friday, October 26, 2012

Kejamnya Cikgu Ni!!!

Tindakan kejam seorang guru sekolah rendah, Cik Yanhong, 20, mengenakan hukuman keterlaluan terhadap murid-muridnya dengan pelbagai bentuk hukuman yang menakutkan dan menyakitkan telah mencetuskan kemarahan orang ramai di Zhejiang, negara Cina.  Sebanyak 702 keping gambar penderaan itu adalah yang dirakam oleh guru itu sendiri yang kemudiannya  menghantarnya kepada rakan-rakan dengan tujuan untuk seronok-seronok saja.

Guru muda itu mendakwa dia melakukan deraan terhadap murid-muridnya hanya untuk mengambil gambar-gambar tersebut sebagai sesuatu yang lucu dan suka-suka saja.  Alasan guru tersebut dinafikan oleh ibu bapa murid yang terlibat memandangkan imej yang tertera membuktikan ia suatu bentuk hukuman yang tidak berperikemanusiaan  terhadap kanak-kanak. Lihat foto-foto menyedihkan ini...

Pelajar Brazil Jual Dara $780 Ribu Dollar

Apa nak jadi... Pelajar Brazil, 20, berjaya menjual daranya bernilai $780,000 selepas menyiarkan untuk lelongan dalam talian online.  Lelaki Jepun, Natsu yang berjaya dalam bidaan itu terpaksa menghadapai persaingan sengit mengetepikan dua lelaki dari Amerika dan seorang dari India. 


Catarina Migliorini seorang pelajar dalam bidang Pendidikan Fizikal mendakwa masih dara dan dia bukan pelacur kerana dia hanya menjual tubuhnya sekali  saja. Dia akan menggunakan wang tunai  itu untuk membina rumah keluarga yang dilanda kemiskinan di negaranya.

Dia akan diikuti oleh krew filem dokumentari yang dipanggil ‘Virgins Wanted’. Langkah Catarina mencetuskan kemarahan di seluruh dunia dengan banyak mendakwa tindakannya itu seperti lebih sedikit daripada pelacur.

Thursday, October 25, 2012

Wanita Muda Terakam Dalam Kamera CCTV: Kencing Dalam Lif

Macam-macam hal... ni kisah seorang wanita muda berbangsa cina dalam lingkungan usia 20-an dipercayai warganegara Cina telah dikesan melalui rakaman CCTV melakukan perbuatan tidak bermoral di dalam sebuah lif Taman Perumahan Flet Sri Saujana, George Town. 

Rakaman selama 20 saat menunjukkan wanita itu memandang ke arah kamera, kemudian menanggalkan seluar denim pendek untuk membuang air kecil di dalam lif tersebut.  Menurut penduduk perumahan flat tersebut,  wanita ini berkemungkinan bekerja pada waktu malam sebagai 'China Doll' dan pulang awal pagi berdasarkan masa yang tercatat pada jam 6.00 pagi. 

Wednesday, October 24, 2012

SubhanaAllah : Pemandangan Menakjubkan Tanah Suci Mekah Dari Jabal Nur

Gunung yang dikenali dalam bahasa Arab sebagai Jabal al-Noor atau Gunung Cahaya, di situlah letaknya Gua Hira' di mana Nabi Muhammad saw menerima wahyu pertama daripada Allah Swt melalui Malaikat Jibrail.

Berikut paparan gambar-gambar menakjubkan yang amat menarik dirakam dari puncak Jabbal Nur.
A stunning view of the Grand Mosque captured from the top of Noor Mountain.

Tuesday, October 23, 2012

Pisang Penyelesai Masalah DVD Rosak Kesan Calar

Sukar untuk percaya, tetapi ia ternyata memang berkesan. Terdapat bahan-bahan isi rumah yang dapat membantu menyelesaikan masalah cakera padat seperti DVD dan CD rosak, tersangku-sangkut semasa dimainkan kerana kesan calar pada permukaan cakera.

Sekiranya cakera anda tidak dapat dimainkan, cuba beberapa penyelesaian yang mudah dan murah, antaranya dengan buah pisang.

Sapukan isi pisang pada cakera, kemudian gosokkan pula  bahagian dalam kulit pisang pada permukaan cakera tadi.  Bilas dengan air, kemudian gilap dengan kain lembut dan biarkan cakera kering.  Cakera anda sudah boleh dimainkan semula.

Monday, October 22, 2012

Lihat Kesihatan Diri Anda Melalui Tapak Tangan Bah. 2

5. Kuku melengkung
Bentuk kuku normal biasanya memang agak melengkung dengan posisi hujungnya mengarah ke bawah. Jika kuku anda tampak tumbuhnya berlawanan atau berbentuk cekung seperti sudu, ada kemungkinan anda berkemungkinan terkena gejala kurang zat besi atau anemia.

Kuku yang rapuh dan berbentuk tidak normal juga menjadi tanda adanya gangguan kesihatan yang lebih serius, seperti kanser paru-paru dan penyakit jantung.

6. Ada benjolan di bahgian jari jemari
Jika ada benjolan pada bahagian dekat dengan kuku di jari, itu menjadi tanda awal osteoarthritis. Benjolan tersebut mungkin muncul akibat hilangnya ruang sendi hingga mengakibatkan sendi membengkak seolah-olah seperti membentuk tulang baru. Biasanya, wanita lebih mudah  mengalami gangguan geseran sendi ini.

7. Kulit tangan kering
Keadaan kulit tangan yang kering acapkali memberikan petunjuk awal adanya gangguan tiroid yang menyebabkan hilangnya kelembaban kulit. Kulit kering menjadikan sebagai penanda adanya alergi atau gangguan sensitiviti kulit akibat pemakaian produk kosmetik yang tidak sesuai. [times of india]

Saturday, October 20, 2012

Lihat Kesihatan Diri Anda Melalui Tapak Tangan Bah. 1

Tahukah anda, bahawa tubuh kita seringkali memberi amaran tentang keadaan kesihatan badan kita. Ada beberapa anggota tubuh yang biasa memberikan tanda tentang kesihatan kita. Antaranya, mata, lidah, urin, dan juga kulit. Itu yang biasa kita tahu. Sebenarnya selain anggota tubuh di atas, laman Times of India menyatakan bahagian telapak tangan juga memberi petunjuk dengan tanda- tanda yang tertentu berhubung masalah kesihatan diri kita.

Berikut ada beberapa petunjuk untuk mengenali tahap kesihatan diri melalui telapak tangan:

1. Tapak tangan berpeluh
Telapak tangan basah berpeluh biasanya terjadi apabila anda merasa gugup atau cemas. Awas, jika keadaan ini terus-menerus terjadi tanpa sebab yang jelas, anda mungkin mengalami gangguan kelenjar tiroid atau jantung.

Adanya peluh yang tidak terkawal di bahagian tapak tangan adalah akibat kelenjar tiroid yang terlalu aktif sehingga menyebabkan peningkatan metabolisme tubuh. Akhirnya tubuh membakar kalori berlebihan yang memacu peningkatan suhu tubuh dan pemeluhan pun tidak terkawal di bahagian badan tertentu.

Wednesday, October 17, 2012

Edan! Mahasiswa Malaysia Tayang Video & Gambar Bogel Bersama Kekasihnya Dalam Blog Peribadi

Edan! Seorang mahasiswa Malaysia yang sedang menuntut di sebuah universiti Singapura membuat gempar di dunia maya. Pasangan ini memosting foto bogel dirinya dan kekasihnya dalam sebuah blog peribadi yang diberi nama Sumptuous Erotica.

Alvin Tan Jye Yee (24 tahun) merupakan seorang mahasiswa Undang-Undang di National University of Singapore (NUS). Dia bersama kekasihnya Vivian Lee (23 tahun), yang juga warga Malaysia, telah memuat naik foto dan video asmara dalam blognya.

"Setelah mengambil foto dan sering melakukannya, kami ingin membuat pengakuan tentang hubungan intim kami, kemudian kami meng-upload di Facebook tetapi kami mengkaburkan bahagian yang sensitif," kata Tan semasa diwawancara Yahoo! Singapura. 
Tan membina blog pada September apabila foto-foto lucah di Facebook diturunkan oleh admin situs jejaring sosial itu.

Hipertensi @ Darah Tinggi Pembunuh Senyap

GEJALANYA tidak disedari dan mungkin dianggap sakit biasa. Pening, sakit kepala, sesak nafas, penglihatan kabur dan hidung berdarah antara gejala hipertensi atau tekanan darah tinggi.
Ia dilabel pembunuh senyap kerana boleh mengakibatkan beberapa komplikasi yang boleh membawa maut seperti serangan jantung dan strok.
Dianggarkan 4.8 juta individu menghidap hipertensi di Malaysia. Hampir dua pertiga daripada individu yang menghidap hipertensi di Malaysia tidak menyedari mereka ada penyakit itu.

Hipertensi ialah kenaikan tekanan darah dalam arteri atau salur darah yang membawa darah dari jantung untuk dipam ke semua tisu dan organ badan kadar bacaan normal.

Monday, October 15, 2012

Felix Catat Rekod Terjun Bebas Dari Stratosfera, Ketinggian 24.5 Batu Bergerak Mengatasi Kelajuan Bunyi

Penerjun Austria, Felix Baumgartner, 43 tahun  mencatat rekod terjun bebas dari kapsul pada ketinggian 38400 meter [24.5 batu] dari atas bumi di kawasan Stratosfera.  Felix menjadi penerjun bebas pertama yang bergerak pantas sehingga 834 batu sejam, mengatasi kelajuan bunyi [1.24 mach]. 

Bekas anggota tentera pasukan payung terjun yang berusia 43 tahun itu mengangkat tangan tanda kemenangan, melakukan penerjunan bebas di angkasa selama 5 minit di atas wilayah Roswell, New Mexico, AS, dan kemudiannya mengembangkan payung terjunnya lalu mendarat di kawasan gurun bahagian timur New Mexico. Lihat video di bawah ...

Bergadai Nyawa : Kanak- Kanak Sekolah Menyeberang Sungai Dengan Pelampung Tiub

Tiada jambatan, tiada kemudahan jalan raya, tiada kenderaan. Sekumpulam kanak-kanak sekolah yang tinggal di sebuah kampung terpencil di Wilayah Rizal, Filipina menggunakan tiub atau pelampung getah menyeberangi sungai untuk pergi ke sekolah.

Mereka harus menempuh bahaya terapung di atas pelampung getah tidak kurang 30 minit untuk sampai ke destinasi yang mengancam keselamatan dan nyawa kanak-kanak ini.  Kemudian mereka meneruskan perjalanan hanya berjalan kaki yang jaraknya agak jauh untuk sampai ke sekolah.

Jika hari hujan dan paras air sungai naik, mereka tidak dapat ke sekolah atau pulang ke rumah.

Tuesday, October 9, 2012

Simpati dan Naluri Ibu Ratu Rimba Terhadap Si kecil Antelop Selepas Membaham Ibunya

Peristiwa yang amat menyentuh perasaan telah dirakam oleh Jurugambar Adri De Visser, 50 di 'Queen Elizabeth National Park Uganda'. Gambar-gambar yang dirakam menunjukkan bagaimana seekor singa betina yang begitu ganas dan bengis  masih mempunyai rasa belas dan bersalah terhadap seekor anak antelop yang masih kecil  setelah membunuh ibu antelop sebagai mangsa habuan.  

Saturday, October 6, 2012

10 Website Paling Popular 2012

Laman web paling popular adalah 'website' yang sering dicari dan dikunjungi setiap hari dengan jumlah pengunjung paling tinggi.  Berikut senarai 10 laman web paling popular berdasarkan statistik 3 bulan terakhir oleh Web Information Company Alexa.com bagi tahun 2012 [Ogos] bermula dari tempat ke-10.

No 10 - Amazon.com
Source: Alexa.com (August 2012)
Global rank: 10
Last year`s rank: 15
US rank: 5
Global reach: 5.778%
Sites linking in: 1,073,767 


No 9 - QQ.com
Source: Alexa.com (August 2012)

Global rank: 9
Last year`s rank: 10
China rank: 2
Global reach: 7.506%
Sites linking in: 429,006 

Thursday, October 4, 2012

10 Ciri Wanita Yang Dicari Lelaki

Setiap jejaka punya cita rasa tersendiri semasa mencari calon isteri berdasarkan kajian umum. Berikut disenaraikan 10 ciri yang diburu kaum lelaki tanpa mengikut urutan khusus.

1. Keyakinan
Lelaki suka pada wanita yang yakin pada penampilan diri, percaya pada kemampuan sendiri dan tidak kerap menuntut pengesahan pasangan. Memang lelaki berasa seronok jika wanita bersandar kepadanya untuk sokongan di saat dirinya berasa tidak
selamat. Namun, jika asyik melekat, ia begitu merimaskan! 

2. Humor
Wanita yang suka ketawa dan bersenda adalah yang dapat membantu lelaki meredakan tekanan. Malah, lelaki mahukan wanita yang boleh mentertawakan diri sendiri. Jika wanita terlalu serius dan kerap berpandangan negatif pada setiap yang berlaku dalam  kehidupan, ia mudah membosankan lelaki. Suntiklah keceriaan dalam hidup Cik Abang dan ia bakal menambat hati si dia.

Monday, October 1, 2012

Duduk Terlalu Lama Menjejaskan Kualiti Sperma

Sebuah studi menemukan kaum lelaki zaman sekarang banyak yang mengalami masalah kesuburan. Mereka rata-rata memiliki setengah seperma yang normal dengan kualiti yang rendah. Keadaan ini berbeza pada 50 tahun yang lalu. Peneliti meyakini ada banyak penyebabnya, salah satunya ialah duduk terlalu lama seperti bekerja di pejabat atau mengenakan pakaian jenis nilon.

Selain itu, peneliti meyakini keadaan ini juga disebabkan oleh paparan xenoestrogens (PCB, DDT, dioxin, bahan plastik dan polutan industri) yang meniru efek estrogen.

Menurut Jurnal natural health and wellness (ALIVE), banyak kaum lelaki yang mengalami kesulitan untuk memberikan isteri hamil kerana jumlah sperma yang terlalu sedikit.  Mengapa duduk terlalu lama menjejaskan kualiti sperma?