Monday, September 10, 2012

Peringkat Web Dunia: Negara Paling Efektif Menggunakan Internet, Malaysia Pada Kedudukan...

Tim Berners-Lee, tokoh yang menciptakan internet, yang sekarang membuat yayasan bernama The World Wide Web Foundation telah mengeluarkan senarai apa yang disebut Web Index bagi 61 negara paling efektif menggunakan internet.

Kajian yang dilakukan adalah berdasarkan penelitian dengan kriteria mulai dari jumlah penduduk yang sudah boleh mengakses internet sampai ke bahan internet berguna yang tersedia untuk diakses. Kajian juga dibuat dengan melihat kesan paling ketara ke atas sesebuah negara dari sudut ekonomi, sosial, dan politik dalam penggunaan internet.

Tidak menghairankan kalau peringkat teratas Web Index ini diisi oleh negara-negara maju. Negara dari kawasan Asia Pasifik, Australia berada di peringkat kelapan, diikuti Singapura ke-11, dan Korea Selatan ke-13. Agak mengejutkan bahawa Jepun hanya berada di peringkat ke-20, India ke-33 dan Indonesia berada di peringkat ke-34, sedangkan China di peringkat ke-29.  Bagaimana pula dengan negara Malaysia?

Hmmmm...Malaysia masih belum tersenarai dalam indeks 61 buah negara paling efektif menggunakan internet kerana menurut Berners-Lee, 30 persen dari negara yang sudah masuk dalam indeks masih mengalami pembatasan atau halangan dari pihak kerajaan berkenaan guna mengakses internet, sementara separuh lainnya menghadapi ancaman terhadap kebebasan penggunaan internet. "Internet adalah pembicaraan global.

Meningkatnya penindasan terhadap kebebasan berbicara, baik di internet maupun dalam kehidupan sehari-hari mungkin adalah tentangan paling serius bagi masa depan internet." kata Berners-Lee.

Berikut antara negara paling efektif peringkat internet dunia:
1. Sweden
2. Amerika Syarikat
3. Britain
4. Kanada
5. Finland
6. Swiss
7. New Zealand
8. Australia
9. Norway
10. Ireland
11. Singapura
13. Korea Selatan
20. Jepun
29. China
33. India
34. Indonesia
58. Benin
59. Burkina Faso
60. Zimbabwe
61. Yaman

[sumber; kompas.com]

6 comments:

halim kl said...

kebebasan bersuara & mmberi pendapat di msia kadangkala ada batasannya. kualiti kemudahan internet di msia pun masih jauh ketinggalan berbanding dgn negara serantau apatah lagi dgn negara maju

faizal abu said...

Yaman maju ket?

omar said...

jepun tu tidak mustahil..kerna rakyatnya ramai yg bijak..so mereka gunakan intrnet untuk perkara2 penting sj..tak mcm kita..lebih2 lg org2 dok buang masa dg internet..masak ikan gulai tempoyak pun nk bgtau satu dunia..hahaha

aima said...

zimbabwe lagi aktif dr mesia

Seri Bahasa said...

internet bulan2 bermasalah....mcm mana nak terindek...duit pengguna jer mereka kebas...perhidmatan kalahkan negara mundur...

AFNI said...

internet kt malaysia kne byr.. line lak klu kt kg susah doh.. :P..