Thursday, September 20, 2012

Kanak-Kanak OKU Berjalan Berulang-alik ke Sekolah Dengan Tangan

Sejak  4 tahun lalu kanak-kanak separuh lumpuh ini berulang-alik ke sekolah setiap hari berjalan atas tangannya. Yan Yuhong, 10 tahun, yang tinggal di Kampung Jiaba, Yibin di Wilayah Sichuan, Tengah China, mula belajar berjalan dengan tangan sejak berusia 4 tahun lagi.

Yuhong mengambil masa 1 jam setengah untuk sampai ke sekolah dan 1 jam setengah lagi untuk pulang ke rumah ditemani rakan-rakannya yang setia.  

Walaupun dia dibekalkan tongkat, Yun Yuhong lebih suka menggunakan tangannya untuk bergerak kerana ia lebih pantas berbanding menggunakan tongkat.

Walaupun cacat, Yun Yuhong mempunyai semangat, tekad serta azam yang tinggi untuk meneruskan pelajaran demi masa depannya sendiri kerana tidak mahu bergantung dengan belas ehsan atau simpati orang lain. [parentdish.co.uk]
Yuhong sedang belajar di dalam kelas

Nasihat untuk anak bangsa yang sihat-sihat tanpa cacat celanya tu, rajin-rajin lah pergi sekolah dan belajar bersungguh- sungguh. Jangan dok asyik leka dengan benda- benda yang tidak membawa kebaikan.

Peranan ibu bapa juga amat penting.  Jangan terlalu memanjakan anak-anak dengan segala kemudahan walaupun  anda mampu menyediakannya.  Pastikan anak-anak sentiasa dididik dengan kehidupan sederhana agar mereka boleh 'survival' tidak kira di mana mereka berada dan dalam keadaan apa sekalipun sama ada senang atau susah. Ingat! Bekalkan anak-anak dengan ilmu akhirat juga.

1 comment:

cikgu sudin said...

suka dgn azam n semangatnya