Saturday, September 29, 2012

12 Manusia Genius Sejak Kanak-Kanak Lagi

Manusia yang tergolong dalam kalangan orang yang mempunyai otak genius [berIQ tinggi] memiliki tanda-tanda khusus.  Anak-anak berbakat mempunyai daya ingatan yang sangat luar biasa, antaranya dapat membaca sejak usia awal kanak-kanak, tidak memiliki toleransi dengan kanak-kanak lain, dan mengikuti perkembangan peristiwa dunia.

Seorang anak yang berbakat juga selalu bertanya ingin mengetahui segala sesuatu. Dengan kata lain mereka mempunyai rasa ingin tahu yang sangat besar. 
Berikut  senarai 12 orang paling genius di dunia menurut Mensa [sebuah lembaga yang menghimpun anak-anak dan orang ber-IQ tinggi dan menjadi perkumpulan ''orang genius'' tertua di dunia]

1. Heidi Hankis [gambar atas]
Kanak-kanak berumur 4 tahun ini berasal dari Hampshire, memiliki IQ 159 (satu angka di bawah Einstein dan Stephen Hawking). Sebelumnya, 2009 lalu, seorang kanak-kanak bernama Oscar Wrigley dari Reading, Berkshire tercatat sebagai anak genius di Mensa dengan IQ 160.

Thursday, September 27, 2012

Wanita Nekad Mandi Depan Penumpang Di Dalam Kereta Api Bawah Tanah

Seorang wanita nekad mandi di hadapan para penumpang kereta api  bawah tanah di Amerika Syarikat. Aksi wanita itu boleh ditonton dalam sebuah video berdurasi lima minit. [Lihat video di bawah]

Dalam video tersebut seorang wanita berdiri bersama temannya. Dia sempat berkata kepada temannya bahawa dirinya tidak tahan lagi untuk membuang air kecil. Kemudian, wanita yang tidak diketahui identitinya itu sedikit membungkuk dan air kencing mengalir di celah kakinya.  Aksi gila wanita tersebut membuat para penumpang amat terkejut.

Sunday, September 23, 2012

Babi Pun Ada Perasaan Belas: Menyelamatkan Kambing Daripada Lemas

Video pendek di bawah amat memberi kesan dan pengajaran kepada kita agar sedar dan bermuhasabah diri betapa nilai diri kita berada pada tahap mana. Paparan video ini menunjukkan betapa mulianya sikap seekor anak babi yang sudi memberi bantuan kepada seekor anak kambing yang tersangkut kakinya pada celah batu di dalam sebuah kolam di sebuah zoo haiwan peliharaan.  
Ketika anak kambing mengembek-ngembek sekuat hati meminta tolong manyabung nyawa daripada lemas kerana kakinya tersangkut, tiba-tiba seekor anak babi comel berenang dengan pantas menuju ke arahnya lalu menyondol dan menolak  badan anak kambing tersebut.   Memang tidak dinafikan babi mempunyai daya atau kekuatan untuk menyondol. 

Friday, September 21, 2012

Pelakon Filem "Innocence of Muslims" Mengenakan Tindakan Undang-Undang Terhadap You Tube

Aktres pelakon film Innocence of Muslims, Cindy Lee Garcia, yang terlibat dalam  filem amatur yang menimbulkan kekecohan dan rusuhan hampir di seluruh wilayah Afrika dan Timur Tengah telah melakukan tindakan mahkamah kepada YouTube dan produser filem itu. Mengapa?

Cindy beranggapan akibat tersiarnya filem itu telah membautkannya stres, tertekan, privasinya terganggu, rasa tertipu, suasana permusuhan, dan merasa terasing dengan sekitar.

Setelah tersebarnya filem Innocence of Muslims di you tube, sehingga menimbulkan kemarahan umat Muslim di seluruh dunia, dan mendapatkan penonton jutaan jumlahnya di YouTube, Garcia mendakwa dia telah kehilangan pekerjaannya, menerima ancaman bunuh, dan tidak lagi dipercayai mengasuh cucunya sendiri.
Berdasarkan situasi yang amat tidak menyenangkannya itu, dia melakukan tindakan undang-undang di Mahkamah Tinggi Los Angeles County Superior Court.

Thursday, September 20, 2012

Kanak-Kanak OKU Berjalan Berulang-alik ke Sekolah Dengan Tangan

Sejak  4 tahun lalu kanak-kanak separuh lumpuh ini berulang-alik ke sekolah setiap hari berjalan atas tangannya. Yan Yuhong, 10 tahun, yang tinggal di Kampung Jiaba, Yibin di Wilayah Sichuan, Tengah China, mula belajar berjalan dengan tangan sejak berusia 4 tahun lagi.

Yuhong mengambil masa 1 jam setengah untuk sampai ke sekolah dan 1 jam setengah lagi untuk pulang ke rumah ditemani rakan-rakannya yang setia.  

Walaupun dia dibekalkan tongkat, Yun Yuhong lebih suka menggunakan tangannya untuk bergerak kerana ia lebih pantas berbanding menggunakan tongkat.

Wednesday, September 19, 2012

Pokok Pisang Berjantung 4

pohon penuh berkah (agus sugiyanto, perum pelabuhan rt.02 rw.01 tlogomulyo)[suaramerdeka.com]

Monday, September 17, 2012

Hilangnya Moral Manusia: Bilik Air Tingkat 18 Hotel Ekslusif Jadi Tontonan Orang Ramai

Beginilah keadaan bilik air sebuah 'Kelab Bom Boom'  yang terletak di tingkat 18 hotel ekslusif New York.  Orang ramai boleh melihat dengan jelas gelagat pengguna tandas dari jalanan. Bilik air bertingkapkan kaca tanpa langsir ini mempunyai suasana pemandangan yang amat indah dimana pengguna bilik air dapat melihat keindahan kota kerana kedudukannya di tingkat 18.

Namun sama ada pengguna tahu atau memang buat-buat tidak tahu bahawa mereka dapat dilihat oleh umum, tanpa segan silu mereka terus menunaikan hajat masing-masing sambil menikmati keindahan pemandangan kota dari tingkap kaca bilik air.
Wanita ini tidak menyedari dia sedang diperhatikan orang ramai yang lalu-lalang di hadapan hotel tersebut

Friday, September 14, 2012

'Pintu ke Neraka' Lubang Gergasi Bekas Lombong Gas Asli Masih Terbakar Sejak 40 Tahun Lalu

Sebuah lubang gergasi  di kenali dengan jolokan pintu ke neraka  masih lagi terbakar hingga ke hari ini sejak 40 tahun yang lalu. Lubang gergasi yang terletak di tengah-tengah gurun Karakum, Derweze, Turkmenistan adalah bekas tapak lombong gas asli yang digali pada tahun 1971 oleh pasukan ahli geologi Russia. Lombong gas tersebut terpaksa ditutup apabila pelantar penggerudian bawah tanah runtuh lalu meninggalkan lubang diameter 70 meter.

Monday, September 10, 2012

Peringkat Web Dunia: Negara Paling Efektif Menggunakan Internet, Malaysia Pada Kedudukan...

Tim Berners-Lee, tokoh yang menciptakan internet, yang sekarang membuat yayasan bernama The World Wide Web Foundation telah mengeluarkan senarai apa yang disebut Web Index bagi 61 negara paling efektif menggunakan internet.

Kajian yang dilakukan adalah berdasarkan penelitian dengan kriteria mulai dari jumlah penduduk yang sudah boleh mengakses internet sampai ke bahan internet berguna yang tersedia untuk diakses. Kajian juga dibuat dengan melihat kesan paling ketara ke atas sesebuah negara dari sudut ekonomi, sosial, dan politik dalam penggunaan internet.

Tidak menghairankan kalau peringkat teratas Web Index ini diisi oleh negara-negara maju. Negara dari kawasan Asia Pasifik, Australia berada di peringkat kelapan, diikuti Singapura ke-11, dan Korea Selatan ke-13. Agak mengejutkan bahawa Jepun hanya berada di peringkat ke-20, India ke-33 dan Indonesia berada di peringkat ke-34, sedangkan China di peringkat ke-29.  Bagaimana pula dengan negara Malaysia?

Sunday, September 9, 2012

Baru 10 Hari Pelancaran Samsung Galaxy Note 2 First Hands-on Video Mencecah 1.8 Juta Penonton

General : Network Technology GSM 850 / 900 / 1800 / 1900 HSDPA 850 / 900 / 1900 / 2100 LTE 700 MHz Class 17 / 2100

Processor/ Memory : CPUQuad-core 1.6 GHz Cortex-A9, RAM2GB, 
Internal Storage16/32/64 GB storage, External MemorymicroSD, up to 32 GB, 

Screen Size, Resolution:5.5 inches,720 x 1280 pixels, Screen Color: Super AMOLED capacitive touchscreen, 16M colors

Software: Operating System- Android OS, v4.1 (Jelly Bean),  S Pen stylus,Active noise cancellation with dedicated mic, TV-out,SNS integration,Organizer,Image/video editor - Document editor (Word, Excel, PowerPoint, PDF),Google Search, Maps, Gmail,YouTube, 
Camera  :8 Megapixel... 

Harga: RM 2300 ???
Lihat video Galaxy Note 2 First Hands-on

Friday, September 7, 2012

'Wujiao' Pelajar Tidur Setengah Jam Selepas Makan Tengah Hari

Dikenali sebagai 'wujiao' atau tidur setengah jam selepas makan tengah hari merupakan satu konsep atau peraturan tradisional dalam sistem pendidikan di China dan Taiwan bagi kanak-kanak sekolah rendah.  Sesi pembelajaran yang bersambung pada sesi petang sudah tentu amat meletihkan.  Justeru dengan menggunakan kaedah 'wujiao', semua murid perlu mematuhi peraturan ini untuk mengembalikan semula kecergasan fizikal dan mental.

Thursday, September 6, 2012

Hari Pertama Sekolah, Kanak-Kanak Diarahkan Bawa Meja dan Kerusi Sendiri

Sebuah sekolah di Wilayah Tengah China, meminta ibu bapa membawa meja dan kerusi sendiri pada hari pertama pendaftaran anak-anak mereka di kelas tadika.  Hari pertama persekolahan yang bermula pada 1 September lalu menyaksikan berbagai-bagai ragam ibu bapa terpaksa mengusung meja kerusi kerana sekolah di kawasan itu menghadapi masalah kekurangan kerusi meja. Sekolah di bandar Shunhe mempunyai sejumlah 5000 orang pelajar tetapi terdapat hanya 2000 buah meja kerusi disediakan. Manakala 3000 lagi disediakan oleh para penjaga masing-masing. 

Jika perkara ini berlaku di Malaysia, sudah pasti kecoh seluruh pelusuk negara.
A desk is tied to a motorbike on the first day of school

Wednesday, September 5, 2012

Adakah Petroleum & Diesel Mempunyai Tarikh Luput?

Seperti barangan lain, petroleum dan diesel juga mempunyai jangka hayatnya.  Petrol akan menjadi "basi" lebih cepat berbanding diesel.  Bahan tercemar dan pemeluapan dalam tangki boleh menyebabkan petrol berlendir jika anda membiarkannya lebih daripada beberapa bulan. Berlainan pula dengan diesel yang mempunyai jangka hayatnya yang lebih lama sehingga beberapa tahun.  

Sejenis bahan kimia penstabil boleh dibeli di pasaran untuk membantu memanjangkan hayat petrol jika anda ingin menyimpannya untuk beberapa lama.

Monday, September 3, 2012

Hubungan Intim Suami Isteri Yang Rutin Mempercantik Wajah & Melawan Penuaan

"Rutin melakukan hubungan intim sihat suami isteri membantu anda melawan penuaan," itu pendapat Dr. Amy Wechsler, Dermatologist asal New York, AS.

Pendapat ini dikuatkan oleh sebuah studi di Scotland menemui bahawa rutin melakukan hubungan intim tiga kali seminggu selama empat tahun  dapat meningkatkan kekebalan dan mengurangkan penyakit jantung.  Dr. Wechsler menambahkan bonus cantik buat orang yang rutin melakukannya yang sihat. Menurut Dr. Wechsler berikut manfaat yang dapat anda peroleh dari hubungan intim secara rutin dengan suami anda;