Sunday, August 12, 2012

Kehidupan Adik Obama Yang Amat Berbeza Dengan Abangnya Presiden US

Jika Barrack Obama tinggal di rumah Putih serba mewah dengan pesawat canggih Air Force One, adiknya pula, George Hussein Obama,30 tinggal di dalam pondok buruk satu bilik berdindingkan zink di perkampungan Huruma, kawasan setinggan terkenal di Nairobi.

Kedua-dua beradik ini berkongsi bapa yang sama, tetapi  berlainan ibu.  Barrack Obama dilahirkan di Hawai, daripada isteri kedua bapanya, manakala George Hussein Obama pula daripada isteri keempat dilahirkan di Kenya.
 Barack Obama dan bapa beliau, Barack Obama Sr. Di lapangan terbang Honolulu pada tahun 1971
Bapa mereka, Barack Snr bertemu dan berkenalan dengan Ann Dunham, seorang ahli akademik Amerika dan ahli antropologi.  Walaupun pada hakikatnya dia telah berkahwin dengan seorang wanita di Kenya, beliau mendakwa   telah bercerai.   Barack Snr  berkahwin dengan Ann pada tahun 1961 apabila Ann sudah mengandung tiga bulan dengan Barack. Apabila Obama Snr melanjutkan pengajian di Harvard, beliau terus mempunyai urusan lain dan berpisah  dengan  Ann pada tahun 1964.
Akhirnya  dia kembali ke Kenya meninggalkan Barack di Hawaii dan menjadi seorang pemabuk terlampau.  Selepas  George lahir dengan isteri keempat, Yael, di Kenya, beliau meninggal dunia semasa George berusia enam bulan kerana kemalangan kereta pada tahun 1982.
 George Hussein Obama Adik tiri Barrack Obama
George membesar di pinggir bandar kelas pertengahan Nairobi dengan ibunya, yang berkahwin semula  dengan seorang lelaki kulit putih, seorang pekerja bantuan Perancis.  sebenarnya dia  begitu kesal dengan kehidupannya berbapakan lelaki kulit putih. 'Saya satu-satunya lelaki yang mempunyai bapa kulit putih di kampung  saya. Saya mahu menjadi sama seperti kanak-kanak kulit hitam yang lain,"katanya.

George mula minum dan menghisap ganja pada usia sepuluh tahun dan lima tahun kemudian dia telah dibuang daripada sekolah berasrama penuh tempat beliau bermain ragbi dan belajar bahasa asing kerana mengambil dadah.
Kawasan Perumahan setinggan yang sesak dan kotor, tempat penagihan dadah dan alkoholik menjadi tempat tinggal adik Presiden US
Bekas penagih dadah dan arak ini berhijrah ke Nairobi di kawasan perumahan miskin dengan alasan nama keluarganya menjadi beban kepadanya sejak Barrack Obama menjadi Presiden Amerika. 

Beliau kini merupakan penyelaras Huruma Football Club, sebuah pasukan perbandaran yang terdiri daripada anak-anak yatim, bekas banduan dan penagih dadah. [dailymail]
Presiden US di pejabatnya di dalam pesawat Air Force One, sesiapa pun tidak menyangka kelahiran warga Kenya kini menjadi orang nombor satu Amerika
Stanley Ann Dunham bersama anaknya Barack Obama di Hawaii -1960an

24 comments:

Intan Norhaida said...

YE KE???takkan obama x tau lak kan....

Fiksyida said...

Takkan dia biar ja adik tiri dia dok kat situ? Err.

kampong lad said...

adik tiri.....sama mak tapi lain bapak...bapak sama mak lain bukan adik tiri....dlm faraid equal share harta bapak. itu istilah orang puteh.

Anonymous said...

half-brother bermaksud (having the same mother), /abang, adik lelaki/ /tiri, seibu/; (having the same father) , /abang, adik lelaki/ /tiri, sebapa/.

Cikgu Ma said...

bukan adik tiri...masih bapak yg sama...

org muo said...

maaf atas kesilapan...terima kasih atas penjelasan saudara/ri

hairul said...

kalau ISLAM leh ikut faraid, kafir pn ikut jugak ke?

Sham @ Kumai @ KG @ Jack said...

Kalaulah Obama memberik kemwahan kepada adiknya selepas dilantik menjadi Presiden, adakah kita akan bersetuju untuk mengatakan dia menyalahguna kuasa mengagihkan kekayaan dan seleweng untuk keluarganya.. macam politikus di negara kita ini yang bila mempunyai kedudukan maka adik beradik dan saudara mendapat limpahan kekakayan dan kontrak sebagainya.. atau kita suka melihat sedikit bantuan diberikan atas dsar hubungan abang dan adik...

buatbest said...

tak sangka kehidupan adiknya jauh berbeza dgn dia..

namialus67 said...

Begitulah resam dunia...

kak mah said...

Dunia...bila jauh putus hubungan.

Anonymous said...

adik beradik tiri ialah janda & duda dh ada anak masing2 kawin.anak2 mereka tu yg dikatakan adik beradik tiri.

Anonymous said...

adik beradik tiri boleh nikah.
kalau sama ibu atau bapa adalah adik beradik seibu atau sebapa (haram nikah)...maaf kalau saya silap...

hainom OKje said...

Biasalah... hukum dunia.... yang kaya terus kaya... yang miskin terus melarat!

izzati husna said...

obama tak tolong sikit ke? at least guna simpanan peribadi bantu abang dia :')

Anonymous said...

kadangkala adik beradik seibu sebapa dan duduk sebumbung pun haluan masing2, nikan pula Obama. mungkin perasaan kasih sayang tak subur diantara mereka. harap lepas selesai dgn urusan di rumah putih nanti Obama akan cari saudara maranya tu.

Anonymous said...

kadangkala adik beradik seibu sebapa dan duduk sebumbung pun haluan masing2, nikan pula Obama. mungkin perasaan kasih sayang tak subur diantara mereka. harap lepas selesai dgn urusan di rumah putih nanti Obama akan cari saudara maranya tu.

Anonymous said...

hari ni nampak tak kesah tapi sebelum pejam mata Obama akan ingat dan rindu pada darah daging dia tu, percayalah.....

Analisis forex said...

Astaghfirllah aladzim, wah ama sodara dekat saja dia lupa, gitu koq mimpin suatu negara

Medical Shaman said...

Semoga Obama diingatkan Tuhan, akan sodaranya.

~~zana@pb~~ said...

Manusia zaman skrg lebih pentingkan harta dari saudara sendiri..

Anonymous said...

Kalau Obama bawa Ameno ke US tentu adiknya senang lenang sekarang ni....

Scarlett O'Hara said...

Bak kata P.Ramlee... Inilah dunia....

akupunyer lah! said...

cian kt adik dia walaupun step bro...